Ada rumahtangga yang tidak bahagia mulanya
tapi bahagia akhirnya.
Ada rumahtangga yang tidak bahagia mulanya
sehinggalah ke akhirnya.
Ada rumahtangga yang bahagia mulanya
tetapi tidak bahagia akhirnya.
Ada rumahtangga yang bahagia mulanya
hingga ke akhirnya.
Orang2 soleh ada wakil2nya
dalam setiap daripada 4 jenis rumahtangga di atas.
Mana boleh kita hukumkan bahawa
asal rumahtangga tidak bahagia sahaja
maka sudah tentu tidak soleh belaka isinya.
Kadang2 dalam yang rumahtangga tidak bahagia itu
ada orang2 yang lebih soleh daripada kita.
Mereka diuji, dapat pahala.
Mereka bersabar, Allah suka.
Mereka berusaha dan berikhtiar, dapat kasih-Nya.
Mereka redha, naik maqamnya.
Ada orang diuji dengan kesusahan.
Ada orang diuji dengan kesenangan.
Namun kita mendoakan
agar semua orang dikurniakan kebahagiaan.
4/12/22
No comments:
Post a Comment