Thursday, December 1, 2022

Permainan Murid, Guru, Kepala Guru dan Mahaguru

 

Di sebuah desa di hujung langit...

banyak ibu bapa "menyaksikan"

"murid" mengikuti panduan "guru"nya.

Maka mereka pun berkeputusan dan bertindakan

begini begini.


Tetapi banyak yang tidak "menyaksikan"

bahawa si guru juga sebenarnya

sedang mengikuti panduan "kepala guru"nya.

Yang "menyaksikan" itu pun

berkeputusan dan bertindakan

begitu-begitu pula.


Dan lebih banyak lagi

yang tidak "menyaksikan" bahawa

si kepala guru juga

sedang mengikuti panduan atasannya

yang tidak bertempat di sekolah itu pun.

Yang "menyaksikannya",

tentulah berkeputusan dan bertindakan

yang berlain-berlain pula.


23/11/22

No comments: