1. Jangan engkau pelik jika yang sangat membenci dan memusuhimu ialah orang yang pernah engkau bantu dan lepaskan daripada kesulitan. Biasa sahaja hal itu.
2. Insya-Allah banya hal2 yang indah akan tercipta apabila engkau berusaha dan berikhtiar menjarakkan diri daripada hal2, budaya, insan2, sistem, majlis2, dan perkumpulan2 yang negatif.
3. Hendak mula "bermusafir" dalam keRUHanian/kesufian sebaik2nya hendaklah memilih kawan dan semestinya kena memilih jalan. Betul kawan dan betul jalan, insya-Allah sampailah ke tujuan atau sejauh2 perjalanan.
4. Ayam2 di seberang sungai dimakan musang sangat jelas di matanya tetapi lembu kambing di depan mata dimakan serigala dibuat2 tak nampak sahaja.
5. Jangan biasakan anak2 kita dan bawahan kita dengan diskriminasi. Dikhuatiri akan meresap ke jiwa dan menajdi budaya mereka. Sgt berbahaya.
6. Permusuhan, huru-hara, perang boleh bermula melalui penipuan. Persahabatan, kedamaian dan kemajuan boleh dimulakan dengan menyatakan kebenaran.
7. Mimpi hal yang sama oleh orang yang berbeza, maka erti mimpi itu tidak semestinya sama - Asas ilmu tafsir mimpi.
8. Antara peranan mursyid - untuk mendekatkan murid2nya kepada semulajadi batin mereka - kembali ke asal.
9. Antara perjuangan yang paling sukar dalam bertarekat adalah untuk mengekalkan keaslian dan kemurnian tarekat itu.
10. Berjuang untuk agama & umat itu bak makanan harian. Tertinggal sehari terasa bagai nak diqadha.
No comments:
Post a Comment