Friday, December 9, 2022

Bila Waktu Sesuai Buat 10 Bacaan Harian?

 

Pertanyaan : Bilakah masa yang sesuai untuk membaca 10 Bacaan Harian Tarekat Ghazaliah?


Jawapan : Umumnya boleh dibaca pada bila-bila masa. Imam al-Ghazali biasa menyudahkannya antara selepas solat subuh dan sebelum matahari terbit. Saya sendiri (dengan perjalanan kehidupan seharian saya yang begini) biasanya melafazkannya antara waktu maghrib dan isyak.


Baca ikut kesempatan yang tuan ada. Sekiranya sempat 10x, habiskanlah. Jika sempat 1x, 3x, 7x atau sebagainya, buatlah sebanyak itu sahaja. Jika ada keluangan masa lagi, lafazkanlah lagi untuk mencukupkannya kepada 10X dalam sehari.


9/12/22

No comments: