Wednesday, December 21, 2022

Jangan Lemah Hati dalam Berdakwah

 

Jangan engkau kendurkan dakwahmu

atau tinggalkan dakwahmu

hanya kerana ada yang mengatakan

engkau tidak ikhlas, riak, ujub,

menunjuk pandai, sombong, berlagak,

terasa alim, berasa ahli syurga, jadi penghukum,

tak cukup ilmu, perasan diri selamat, dan sebagainya

melainkan jika benar

engkau sebagaimana yang dikatakan itu.


Bahkan jika benar sekalipun,

engkau usaha dan ikhtiarlah

bereskan bahagian2 berkaitan

sambil engkau tetap sahaja

lancarkan dakwah2mu.


Yang tidak bagusnya

jika engkau terus sahaja berdakwah

tanpa mahu berusaha dan berikhtiar

memperbaiki dan membetulkan diri sendiri.


Jika engkau hendak menunggu

terhapus sifat2 mazmumah daripada dirimu

baru engkau hendak berdakwah,

alamatnya tidak akan berdakwahlah sampai bila2 pun.


Jika kita hendak menunggu

terhapus segala sifat2 mazmumah daripada diri kita

baru kita hendak berdakwah,

alamatnya kita tidak akan berdakwahlah sampai bila2 pun.

Dan tidak akan ada orang yang berdakwah pun

kerana semua orang pun umumnya

punya sifat2 mazmumah.


Syaitan sangat bergembira

jika engkau kendurkan atau hentikan dakwahmu.

Halus permainannya.


Segala kata orang terhadapmu,

engkau jadikan cabaran buat dirimu sendiri,

engkau akan buktikan kepada dirimu sendiri yang :

"Aku akan selalu memohon kepada-Mu ya Allah,

dan aku akan usaha dan ikhtiar dengan sedaya upayaku

agar sifat2 buruk itu tiada pada diriku."


Sambil berdakwah, sambil betulkan diri.

Sambil betulkan diri, sambil berdakwah.

Jangan sambil berdakwah, sambil lupa diri.

Masih banyak hal diri perlu diperbaiki dan diubah.


19/12/22

No comments: