Tuesday, December 6, 2022

10 Tazkirah Pendek Seterusnya (Disember 2022)

 

1. Pancainderamu 5 pintu yang terbuka menghadap dunia luar. Tapi qalbumu pintu yang terbuka menghadap dunia ruh yang ghaib


2. Allah kurniakan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Jangan kita terpedaya dengan tarikan dengki dan tidak puas hati walau sedikit.


3. Nak dapatkan lebih maklumat dan kebenaran daripada kebanyakan orang lain, kita kenalah belajar2 keluar daripada zon selesa.


4. Sebut nama kekasih sudah terasa lazat, apatah lagi menyebut nama Kekasih. Dikau tidak merasakannya?


5. Orang bercinta tentu terpesona, mengulang2 membaca & menghayati "surat" Kekasihnya.


6. Orang2 sufi, ke mana2 pun membawa cinta. Namun dengan kejahatan, mereka tetap tidak redha lalu berusaha.


7. Salah satu nikmat terutama ialah nikmat diciptakan (diadakan)-Nya. Tiada itu gelap, ada itu nur. Tapi kurang yang bersyukur.


8. Dunia sufi penuh wangian tapi tak tercium oleh kebanyakan kerana hanya melihat dari jauh atau sekadar mendengar cerita.


9. Sebenar2 berjasa ialah Dia. Jasa ibu bapa, guru2, saudara-mara, tetangga dan seluruh manusia pada hakikatnya jasa Dia.


10. Selalulah berzikrullah dlm rasa cinta. Kau akan terasa alangkah nikmatnya. Wahai diriku sendiri.


No comments: