Tuesday, December 6, 2022

Isu2 Hanya Kenderaan atau Tunggangan

 

Pendek kata, sejarah membuktikan

bahawa mereka tidak benar2 perjuangkan pun

hal2 yang mereka canang2kan

melainkan menjadikannya sebagai tunggangan

untuk mereka bergerak maju ke hadapan sahaja.


Selagi kenderaan itu berguna

untuk membawa mereka mara ke hadapan,

maka akan mereka jaga dan belailah.

Apabila sudah tidak atau kurang berguna,

akan mereka tinggalkan sahaja.


Kemudian pada masa-masa hendak diguna,

mereka boleh kutip semula tunggangan2 itu

apabila tiba2 ia jadi relevan

untuk ditunggang mara ke hadapan.

Perhati, imbas kembali,

begitulah perlakuan mereka silih berganti.

Sama sahaja suasananya

dari dahulu hingga kini.


6/12/22

No comments: