Nak UFO mendarat, sediakanlah tapak pendaratan.
Tapak pendaratan kenalah yang bersesuaian.
Barulah UFO akan turun ke halaman,
selalu, dan berterusan.
Juga yang penting2 dan berkeutamaan.
Jika tapaknya tidak disedia, bersesuaian pun tiada,
tak dapatlah UFO mendarat di sana.
Jika berlaku pun, kes terpencil cuma,
sekali-sekala, berterusan tiada.
Yang mendarat hanya
yang biasa2, yang bawah2 jua.
Begitulah ehwalnya ilmu laduni.
Tapak mendaratnya, disediakan mesti.
Lapangan selesa, sudahlah pasti.
Barulah turun ia ke hati,
berulang-kali, bersilih ganti.
Yang besar2, luas2, dalam2 dan seni2.
Sebagaimana panduan Imam al-Ghazali.
Jika tapaknya kecil, kecillah yang turun.
Jika tapaknya lemah, ringanlah yang turun.
Jika tapaknya sederhana, biasa2lah yang turun.
Jika tapaknya tiada, tiadalah yang turun.
Sebab itulah ada kalanya dalam hal-hal tertentu :
orang tahu, kita tidak tahu,
orang cepat tahu, kita lambat tahu,
orang banyak tahu, kita sedikit tahu,
orang kuat tahu, kita lemah tahu,
orang dalam tahu, kita cetek tahu,
orang luas tahu, kita sempit tahu,
orang jauh tahu, kita dekat tahu,
orang yakin tahu, kita ragu tahu.
Maka berguru, bermursyid, bertariq, bersanad.
Itulah antara usaha, tetapi bukan muktamad.
Sesiapa sahaja boleh mendapat,
cuma jangan berasa diri pilihan, itu mudarat.
29/11/22
No comments:
Post a Comment