Daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin... Rabi'ah binti Ismail (Rabiatul Adawiyah yang di Syam yang baru kematian suaminya, bukan seorang lagi Rabiatul Adawiyah yang di Basrah) meminang Ahmad bin Abi al-Hawari (seorang ahli sufi). Ahmad tidak selesa dengan hal itu kerana ia sibuk dengan ibadah (pengabdiannya).
Lalu dia pun berkata kepada Rabi'ah, "Demi Allah, aku (ketika ini) tidak berhajat kepada wanita kerana sibuk dengan urusanku sendiri."
Maka Rabi'ah pun menjawab, "Aku juga sibuk dengan urusanku sendiri (kerana Rabi'ah sendiri seorang sufi) berbanding engkau dan aku tidak bernafsu syahwat (hendak berkahwin bukan kerana hal ehwal seks). Tetapi aku ada mewarisi banyak harta daripada suamiku. Maka aku ingin agar engkau membelanjakannya kepada teman-temanmu (para sufi). Dan dengan sebab engkau nanti maka aku akan berpeluang mengenal orang-orang soleh. Maka hal (perkahwinan) itu akan menjadi jalan bagiku kepada Allah 'Aza wa Jalla."
Lalu Ahmad pun menjawab, "Nantilah sampai aku meminta keizinan daripada guruku (mursyidnya iaitu tokoh sufi besar yang bernama Abu Sulaiman ad-Darani)."
Maka dia pun pergi kepada Abu Sulaiman ad-Darani.
(Beberapa waktu kemudian) Ahmad bin Abi al-Hawari bercerita, "Guruku itu melarang aku daripada berkahwin lalu berkata : "Tidak ada seorang pun daripada sahabat-sahabat (kawan-kawan dan anak-anak murid) kami yang berkahwin melainkan ia berubah (maksudnya apabila ahli2 sufi di sekeliling mereka berkahwin, umumnya akan menurunlah sedikit kekuatan kesufian mereka kerana terkesan dengan dunia berumahtangga itu)."
(Kemudian Ahmad pun bercerita kepada gurunya akan nama orang yang meminangnya itu dan alasan2 orang itu mahu berkahwin dengannya)
Tatkala didengarnya kata-kata Rabi'ah, maka beliau menjawab, "(Jika wanita itu ialah Rabi'ah si ahli sufi, maka) kahwinilah dia kerana dia itu wali Allah dan kata-katanya itu ialah kata-kata orang-orang (bermaqam) siddiq."
TAMAT PETIKAN IHYA'
30/11/22
No comments:
Post a Comment