Kenikmatan di dalam jannah itu berbeza-beza. Jannah atau syurga itu sendiri ada beberapa tingkat. Orang2 beriman yang dapat masuk ke dalam jannah, dia akan leka dengan nikmat mana yang sangat disukainya di dunia, iaitu nikmat yang paling kuat berpengaruh di dalam jiwanya semasa hayatnya.
Jika di dunia dia sangat suka akan makan minum, di jannah nanti umumnya dia akan banyak sibuk dengan nikmat makan dan minum.
Jika di dunia dia sangat suka akan nikmat perhiasan diri dan rumah, di akhirat nanti dia akan banyak leka dengan nikmat perhiasan, pakaian, perhiasan2 syurga dan sebagainya.
Jika di dunia ini dia sibuk dengan nikmat berpasang-pasangan, nikah kahwin, hamba2 wanita, di akhirat nanti dia akan banyak berada dalam nikmat berpasang2an dengan para bidadari.
Jika di dunia ini dia asyik dengan ALLAH (ma’rifat dan cinta-Nya), di akhirat nanti dia akan asyik dengan "memandang Wajah Allah". Dan inilah nikmat yang paling nikmat, paling tinggi, paling agung dan paling besar di akhirat kelak, yang membuatkan segala kenikmatan jannah "terpadam". Inilah nikmat yang menjadi maksud (matlamat) para ahli tasawuf (para sufi, ahli tariqah dan seumpamanya). Bahkan di dunia ini lagi pun, inilah juga kelazatan yang tertinggi.
Usaha dan ikhtiarlah dengan gigih agar mendapat yang tertinggi.
26/12/22
No comments:
Post a Comment