Wednesday, December 21, 2022

Tiada Tahu Tapi Berlagak Tahu

 

Orang yang sebenarnya

tiada tahu dan tiada faham

tetapi malu untuk dipandang

sebagai tiada tahu dan tiada faham

lalu bergaya seolah-olah ada tahu dan ada faham,

malah banyak tahu dan banyak faham.


Tetapi apabila dia bersuara

maka lebih terang-benderanglah

bahawa dia sebenarnya

tiada tahu dan tiada faham

tetapi malu untuk dipandang

sebagai tiada tahu dan tiada faham

lalu bergaya seolah-olah ada tahu dan ada faham,

malah banyak tahu dan banyak faham.


Orang sebegitu

tidak dapat untuk kita

bantu beri tahu dan beri faham

agar dia mendapat tahu dan mendapat faham.


Selagi dia berasa ada tahu atau banyak tahu,

selagi itulah dia tidak dapat diberi tahu.

Selagi dia berasa ada faham atau banyak faham,

selagi itulah dia tidak dapat diberi faham.


Maka berlama-lamalah dia dalam keadaan sebegitu.


Begitulah umumnya

dalam ilmu2 tungku ad-diin -

al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa'ah,

dan dalam hal2 lain juga.


19/12/22

No comments: