Hendak membeli kenderaan,
kenalah 'study' WALAU SEPINTAS LALU
akan kelebihan-kelebihannya
setakat yang termampu
walaupun kita bukan pakar.
DAN jangan 'study' bab kelebihan sahaja,
bab kekurangan pun kena tengok juga.
Takut-takut ada bahagian-bahagian
yang akan banyak menyusahkan kita
pada kemudian hari.
Seperti cantik tetapi rendah kualiti,
besar tapi makan minyak banyak,
'glamour' tapi asyik meragam.
Maka jangan asal bersangka baik sahaja.
Kenalah diteliti walau sepintas lalu
akan kebaikan2nya.
DAN jangan tengok bab kebaikan sahaja,
bab keburukannya pun kena diteliti juga
sekadar yang termampu
walaupun kita bukan ahli.
Khuatir kalau-kalau ada bahagian-bahagian
yang kita tidak sanggup terima nanti.
Seperti laju tapi ciri-ciri keselamatan teruk,
murah tapi cepat rosak,
lasak tapi duduk tidak selesa.
Maka jangan asal bersangka baik sahaja.
Selepas membeli dan memilikinya pun sama -
berterusan.
Allah beri fikiran, jalankan.
Allah kurniakan minda, guna.
*Umumnya sesuai dalam memilih aliran/manhaj, guru, pasangan hidup, tarekat, ubat-ubatan, pendidikan, kerjaya, sahabat baik, tempat tinggal, jemaah, dan sebagainya.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
1/9/22
No comments:
Post a Comment