Walaupun kita sudah berhenti merawat, tetapi apabila bertemu dengan orang2 yang kita kenali, dalam sembang2 itu selalu juga mereka akan terlorong ke arah masalah2 kesihatan atau gangguan yang mereka alami. Mungkin kerana dulu2 sudah terbiasa sembang2 begitu dengan kita. Tapi kini kita sekadar jadi pendengar sahajalah dan memberi nasihat agar menjaga kesihatan dan pemakanan (satu nasihat yang mereka pun memang sedia maklum dan memang mereka buat pun).
Dalam dua minggu ini, tiga kali sahaya terjumpa dengan kenalan2 lama yang dalam sembang2 itu mereka menyentuh tentang masalah kesihatan mereka yang lebih kurang sama sahaja. Mereka selalu tidak sihat secara berulang-ulang dan PENYAKIT MEREKA DATANG BERGILIR2. Sudah berbulan2 macam itulah keadaannya. Pada Feb-Mac dulu (ketika masih merawat) memang saya sudah mula banyak menerima pesakit yang sebegini yang secara berhadapan atau yang sekadar bertanya melalui media sosial.
Contohnya - kena batuk dua minggu lalu sihat seminggu. Kemudian kena pula selesema dan sakit kepala seminggu lalu sihat 4-5 hari. Kemudian demam pula 4-5 hari lalu sihat seminggu. Kemudian batuk sampai hilang suara selama dua minggu lalu sihat seminggu. Kemudian selesema 4 hari lalu sihat 5-6 hari. Kemudian sakit kepala dan sesak nafas seminggu lalu sihat seminggu. Kemudian..... begitulah berulang2 sampai tak tahu dah bila hendak habis dan macam mana hendak sihat. Yang lebih kesiannya, salah seorang tu kena pada anaknya yang masih kanak2.
Sebelum2 ini, memang biasalah kita sesekali kena demam, atau selesema, atau batuk, atau sakit kepala, atau lelah, atau dua penyakit sekali, atau tiga sekali dalam satu2 masa - tetapi selang masanya tu jauh. Seminggu demam, mungkin 2-3 bulan selepas itu baru kena batuk atau demam semula. Kemudian 2-3 bulan selepas itu baru kena selesema. Begitulah seterusnya. Tetapi kini, sempat sihat 3-4 hari, lalu kena pulak lagi. Berulang2.
Nampak macam sistem imun mereka sudah bermasalah. Padahal dulu2 elok sahaja. Ada juga yang cuba mengaitkannya dengan hal2 ghaib seperti ganguan jin syaitan, sihir, saka dan yang seumpama dengannya. Tetapi pada saya, masalah sebegini sebenarnya masalah fizikal yang tidak berkaitan dengan hal itu semua. Sistem pertahanan semulajadi di dalam tubuh itu yang sudah melemah dan sistem pemulihan/pembaikannya pula sudah melambat. Kedua-duanya macam sudah terganggu.
Maka antara usahanya teruslah jaga kesihatan, buat senaman, jaga pemakanan, berulang ke klinik/hospital menemui doktor2, cuba2 cari perubatan alternatif, jaga emosi, banyakkan istighfar, doa dan amal ibadah. Itu sahajalah yang dapat kita kongsikan.
28/8/22
No comments:
Post a Comment