Sunday, September 11, 2022

10 Tulisan Pendek Lagi

 

1. Apabila sesuatu rahsia jahat dilorongkan terbuka oleh perahsianya, berhati-hatilah dengan cita yang mahu dicapainya.


2. Mula melihat ke luar diri. Kemudian melihat ke dalam diri. Akhir melihat tidak luar tidak dalam lagi. Lalu jadilah sebenar bersaksi.


3. Ada pihak-pihak yang menggunakan nama tarekat tetapi sebenarnya lebih kepada perguruan berkaitan ilmu-ilmu mencarik adat.


4. Perancangan jahat yang dipamerkan secara terlalu terang-terangan adalah lebih sukar untuk dipercayai sebagai benar.


5. Membantu elak orang berbuat dosa itu ada kala dengan mendekatinya, dan ada kala dengan menjarakkan diri daripadanya.


6. Ramai ulama dan wali besar pada zaman dahulu yang banyak sekali hasil penulisan mereka. Entah bila masanya mereka menulis. Kadang-kadang seperti tidak sepadan dengan jumlah usia mereka. Apakah rahsianya? Antaranya ialah mereka istiqamah menulis walaupun sedikit pada setiap hari.


7. Usahakanlah agar jangan ada hari-hari

yang engkau tidak menyampaikan dakwah

yang engkau tidak membuka dan membaca Al-Quran

yang engkau tidak melakukan solat sunat

yang engkau tidak mencontohkan walau satu akhlak baik.


8. Para wali Allah itu umpama R4S juga, kasih sayang dan korban mereka bertaraf keummahan, tidak terhenti pada keperibadian sendiri sahaja. Alangkah murninya...


9. Kumpulan orang yang paling ma'rifah, paling kamal ad-diin, paling cinta Allah, paling cinta rasul, paling hebat tawakkal, paling berkualiti ibadah dan pengabdian, paling tinggi maqam, tidak ialah R4S. Lihatlah apa yang mereka selalu fikirkan, perjuangkan, dan perbuatkan.


10. Engkau sering berasa sudah terlambat

atau sudah sangat ketinggalan

untuk mempelajari dan menguasai

ma'rifah dan selepas2nya kerana

mungkin engkau tidak pernah bermula,

atau engkau terperasan yang engkau ada bermula,

atau engkau pernah bermula tetapi setakat itu sahaja.


No comments: