Apabila engkau sibukkan dirimu
dengan 3 perkara iaitu
memasukkan ilmu2 ke dalam diri (belajar),
menghidupkan ilmu2 di dalam diri (beramal)
dan menyebarkan ilmu2 ke luar diri (berdakwah),
insya-Allah engkau hampir2
tidak akan punya masa
untuk dengki, buang masa, terintip2 aib orang,
banyak berhibur, stress, berniat jahat,
mengumpat, berdendam, menyakiti orang
dan sifat2 mazmumah yang lain.
Ringkasnya engkau seakan tidak punya masa
untuk berfikir yang tidak baik,
berkata yang tidak baik,
dan berbuat yang tidak baik.
Oleh itu,
sibukkanlah dirimu
dengan belajar, beramal dan berdakwah
di samping tidak mengabaikan tangggungjawab2 lain
dalam hayatmu yang sangat pendek ini.
Namun jangan pula sampai
engkau tidak mengambil tahu dan bertindak
terhadap anasir2
yang mengganggu agama dan ummah.
13/9/22
No comments:
Post a Comment