Saturday, September 3, 2022

Dua Jenis Percaturan

 

Engkau tahu sahabatku, bahawa permainan catur ini ada dua jenis medan?


Medan jenis pertama - kedua-dua orang petarung benar2 mahu mengalahkan antara satu sama lain.


Medan jenis kedua - kedua-dua orang petarung kelihatan sangat saling cuba mengalahkan tetapi sebenarnya mereka ada persetujuan2 tertentu yang tidak diketahui dan difahami oleh orang2 yang berada dekat dengan mereka dan juga para penonton. Terkorbannya buah2 catur tertentu mereka itu adalah atas persetujuan untuk mencapai matlamat2 tertentu. Apabila terkorban kuda pihak A, maka para penyokong pihak A pun bersedih manakala para penyokong pihak B pula bergembira. Begitulah sebaliknya. Padahal keseronokan dan kesedihan itu memang sesuatu yang direncanakan dan sangat diharap2 menjadi, kerana kedua2 A dan B punya matlamat2 yang disepakati, di samping matlamat2 yang tidak disepakati. Namun kesepakatan mereka itu tetap sesuatu yang boleh berubah2 kerana ia dibina atas situasi.


30 tahun yang lalu, pada zaman remajaku, daku pernah bermain catur dalam kedua2 jenis medan. Medan jenis kedua itu memang happening kerana hati kita sangat suka melihat kawan2 yang menonton ada yang melompat, ada yang bersorak, ada yang menepuk dahi, ada yang menepuk meja dan sebagainya. Kami berdua yang sedang berlawan pun buat2lah mengikut emosi para penyokong masing2. Namun di dalam hati kedua2nya sama-sama tersenyum sambil mencermati situasi menanti hasil yang paling menguntungkan kedua2 belah pihak walaupun salah seorang dilihat tewas pada akhirnya. Dan tentunya ada senior yang merencanakan


... sudah 30 tahun rasanya tidak bermain catur lagi. Tentunya sudah banyak hilang skil.


Ogos 2022

No comments: