Buat PHD berkaitan agama Islam memerlukan seseorang itu merujuk banyak kitab bahkan ada yang sampai ratusan kitab karangan para ulama. Biasanya begitulah. Contohnyalah kitab Risalah Laduniyah, Misykatul Anwar dan Ihya' 'Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.
Dan biasanya juga orang yang buat thesis PHD itu termasuklah prof2 pembimbing dan pihak2 penilai itu tidak pernah berguru pun kitab2 itu, maka sudah tentulah mereka tiada khatam dan tiada sanadnya. Kemudian si pelajar hanya membuat kajian sendiri, seterusnya disahkan lalu mendapat PHD.
Hal ini SANGAT BAGUS, cuma janganlah disamakan dengan orang2 yang berguru, khatam, diijazahkan, diamanahkan dan bersanad kerana berbeza walaupun mata umum akan memandang si pemegang PHD adalah lebih berautoriti dan berkredibiliti berkaitan kitab Risalah Laduniyah itu (sebagai contoh). Seelok2nya kita janganlah terikut dengan mata umum sahaja.
Sebab itulah syarahan2 kitab Ayyuhal Walad (juga karya hujjatul Islam Imam al-Ghazali) yang kecil itu terasa kosong di mata orang2 yang tahu kerana pada awal2 kitab lagi sudah dimasukkan ilmu yang sangat tinggi dalam tasawuf sufi. Mata umum (walaupun bergelar ulama, syeikkh, mursyid dsb) tidak akan nampak kerana perlu melalui pentarbiyahannya yang bersanad sampai kepada pengarangnya.
*Sekiranya dapat PHD dan dapat berguru pula kitab tersebut dengan ahlinya, hal itu adalah paling baik.
(*Diperbaiki daripada penulisan pada 8/9/22)
No comments:
Post a Comment