Insya-Allah semakin lama kita akan semakin bijaksana dalam menguruskan kehidupan hasil daripada pengalaman demi pengalaman pada setiap hari. Kita buat setakat yang termampu sahaja. Jangan sampai 'over' tertekan. Kekuatan untuk menanggung tekanan ini berbeza antara individu. Ada orang boleh tanggung yang biasa-biasa, ada orang yang boleh tanggung lebih, dan ada orang yang boleh tanggung sedikit sahaja.
Hidup kita ini umpama piramid (dari bawah naik ke atas, ruang dalamnya makin menyempit). Lagi naik usia, lagi sempit ruang kerana komitmen akan sentiasa bertambah. Ia tak akan menjadi semakin lapang, melainkan jika kita ada mengabaikan tanggungjawab tertentu (ini tidak sepatutnya berlaku), atau terhilang akan komitmen tertentu.
Insya-Allah kita banyakkan doa, minta Allah lapangkan waktu kita, mudahkan segala urusan kita, minta Dia besarkan kekuatan pengorbanan kita, murahkan rezeki kita, sihatkan tubuh badan kita, dan sebagainya. Manalah tahu Dia kabulkan dengan segera mana-mana satu yang kita hajati. Mungkin juga semua sekali dikabulkan-Nya.
Minggu ini cadangan awalnya sahaya hendak kongsikan cerita macam mana dalam masa yang sekejap sahaja (suatu ketika dahulu) sahaya boleh khatam pelajaran-pelajaran Tarekat Ghazaliyah. Yang ini insya-Allah kita tangguh ke bulan depan. Hal ini kena diceritakan juga nanti walaupun tidak sesuai untuk dicontohi (kerana pengorbanannya terlalu besar dan risikonya sangat berat) sebab jika sahaya sudah tidak ada nanti, ikhwah sekelianlah yang akan sampaikan cerita kepada orang-orang yang bertanya. Kalau tidak, tak ada sesiapapun yang akan menyimpan ceritanya lalu akan hilang begitu sahajalah. Apabila orang bertanya suatu hari nanti, tidak ada sesiapa pun yang dapat menceritakannya lagi.
Sebagai gantinya, kali ini sahaya kongsikan sedikit pengalaman sahaya sebelum dan sesudah berkahwin, dan sesudah mendapat anak-anak. Mungkin boleh menaikkan semangat keperwiraan tuan-tuan sekelian (dalam menuntut ilmu, beramal dan berdakwah).
Cuma macam yang sahaya pernah cakap sebelum ni, "Pengalaman sahaya ni tak boleh (jangan, tak sesuai) diikut. Takut-takut nanti timbul masalah-masalah kepada tuan-tuan." Kita ambil sebagai pengetahuan dan ambil iktibar sahaja.
Perkongsiannya... bila-bila terjumpa dengan anak2 murid sahaya ini, bolehlah ditanyakan kepada mereka akan kisah2nya.
(*Diperbaiki daripada penjelasan kepada halaqah usrah al-Ghazaliyah Kumpulan 2 pada Ogos 2022 lalu)
No comments:
Post a Comment