Wednesday, September 14, 2022

Tafsir Mimpi Tsunami Lagi

 

AH bertanya : Apa makna mimpi tsunami ustaz.setinggi gunung, tapi berhenti bila saya sebut Allahuakhbar? Air seolah-olah disekat.


Jawapan : Tsunami itu maksudnya ujian/bencana semasa. Ujian itu, tuan sahaja yang lebih mengetahuinya. Setinggi gunung bererti ujian/musibah itu sangat besar. Sebut Allahu Akbar bermaksud dalam menghadapi ujian itu, kuat keyakinan dan harapan kepada Allah. Air tersekat bermaksud tidak terkena ujian/bencana itu walaupun pada awalnya nampak macam hendak kena.


Mimpi ini ada persamaan dengan mimpi seorang wanita yang pernah saya kongsikan dulu. Wanita itu berada di tepi pantai bersama2 keluarganya dan di tangannya ada laptop. Tiba2 tsunami besar datang dan pada adatnya mereka tak akan dapat mengelakkannya. Tetapi sewaktu ombak tsunami itu hampir2 menghempas ke pantai, secara tiba2 ada sesuatu yang melintas yang menyebabkan ombak tsunami itu tidak terkena kepada si wanita dan keluarganya. Wallahua'lam.


14/9/22


No comments: