Saturday, September 10, 2022

Tafakur - Masjid yang Muncul dari dalam Tasik

 

Kisah sebuah masjid yang muncul di Chiraila, India. (Sekiranya kisah ini benar) antara hal yang sangat patut untuk kita renungkan ialah betapa keringnya air di empangan tersebut. Masjid itu sahaja sudah setinggi 30 kaki. Selama hari ini masyarakat tidak tahu pun tentang kemasihwujudannya menunjukkan ia benar2 berada di dasar tasik, jauh daripada pengesanan mata masyarakat. Pada musim kering pun menara dan kubahnya tidak kelihatan.


Hanya dalam beberapa tahun belakangan ini sahaja mulai kelihatan hujung kubah dan menaranya pada musim kering membuatkan masyarakat tertanya-tanya. Kali ini, tasik itu benar2 kering. Hal ini bermakna sekurang-kurangnya air tasik itu berada pada paras lebih kurang 35 kaki. Dicampur dengan ketinggian air pada musim hujan katakanlah air di tempat itu bertambah 15 kaki. Jadilah 50 kaki dalamnya.


Masjid itu sekarang (berdasarkan gambar dan video) boleh nampak dan boleh dipijak sampai ke dasarnya. Hal ini bererti air di empangan yang luas itu pada musim kering sudah merosot sebanyak lebih kurang 40-50 kaki berbanding zaman kemuncak penuhnya dulu. Ini satu susutan yang besar. Wallahua'lam.


8/9/22

No comments: