Monday, September 12, 2022

Terkena Selesema dan Batuk

 

Pada bulan Ogos 2022 yang lalu saya hampir2 terkena selesema dan batuk. Alhamdulillah, syukur, sekejap sahaja hinggapnya. Adalah dalam dua hari hari setelah 2 tahun 10 bulan (hampir 3 tahun) dengan izin Allah SWT tidak kena salah satu daripada 4 sekawan (selesema, batuk, demam, sakit kepala).


Sebenarnya sejak kecil saya jenis yang mudah kurang sihat. Secara ringkasnya (lebih2 lagi setelah berusia 35 tahun ke atas sehinggalah menghampiri 50) :

i) selesema - setiap bulan

ii) batuk - hampir setiap bulan

iii) demam - setahun 2 atau 3 kali

iv) sakit kepala (zaman kanak2 dan remaja jarang kena, setelah 35 tahun ke atas baru jadi) - hampir setiap bulan


Tetapi dengan izin Allah, sejak Oktober 2019 saya tidak kena walau salah satu daripada 4 sekawan ini. Kali terakhir kena selesema pada September 2019. Kemudian berterusan bebas daripada 4 sekawan itu sehinggalah Ogos 2022, barulah datang macam hendak kena selesema dan batuk. Pada orang lain, hal ini mungkinlah biasa2 sahaja tetap pada saya yang selalu mudah kurang sihat ini dahulu, ia suatu keajaiban.


Setakat penulisan ini dibuat, saya sihat2 sahaja tetapi tidak mustahil esok lusa tidak sihat pula. Dan tidak mustahil juga esok lusa saya jatuh sakit teruk, atau diambil kembali oleh Allah. Semuanya dalam kekuasaan-Nya.

Sejak awal tahun 2021 sehingga Mac 2022, saya kembali aktif merawat. Ketika itu saya turut merawat orang2 yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Namun dengan kuasa Allah, saya tidak terjangkit dengan masalah2 kesihatan mereka. Yang 4 sekawan yang sering menemani saya itu pun tidak datang. Cuma dalam 2 tahun 10 bulan itu pernah 2-3 kali saya mengalami pening2 dalam 4-5 hari, yang saya tidak tahu akan penyebabnya. Tapi, itulah sahaja gangguan kesihatan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Sakit pinggang, sakit otot, silap urat semua tu biasalah, sakit orang semakin tua.


Jadi, seorang sahabat bertanya, apa yang saya ada buat sehingga daripada seorang yang sering kurang sihat tiba2 tidak kena sebarang penyakit fizikal hampir 3 tahun. Saya pun sebenarnya tidak tahu juga. Boleh jadi ia kebetulan. Cuma kot2lah yang nampak berkait (entah berkait, entah tidak):


1. sejak Oktober 2019 itu saya melebihkan atau mendahulukan apa yang orang ramai biasa sebut sebagai pemakanan sunnah dan alami, begitu juga dengan ubat-ubatan.


2. sejak Oktober 2019 itu juga saya mula mengamalkan lafaz Zikir Harian Tariqat Ghazaliyah yang 1000X sehari itu dengan 7 Lipatan (menjadikannya 7,000 - sudah saya ijazahkan kepada semua dalam video2 pengajian zaman akhir pada tahun lepas). Amalan2 lain tiada perubahan.


3. sepanjang PKP, saya suka bercucuk-tanam. Jadi, dari segi sayur-sayuran dan herba-herba masakan, banyak makan yang sendiri tanam ketika itu. Ringkasnya yang bersifat alami/semulajadi.


Rasa-rasanyanya tiga inilah sahaja, kot2 berkait. Wallahua'lam.


Dari segi bersukan, umumnya saya memang tidak jenis bersukan (seperti jogging, bola sepak, main gym, berbasikal, badminton, ping pong, takraw, dan apa jenis sukan pun termasuklah work out) lebih-lebih lagi sepanjang PKP. 4-5 bulan sekali barulah anak-anak ajak memanah. Tapi memanah tak menggunakan banyak pergerakan pun. Basikal ada tapi memang dah makan tahun tak bersentuh.


Dari segi makan minum pula, segala jenis dimakan dan diminum, selagi lalu. Tiada pantang. Garam dan gula pun makan macam biasa, macam zaman muda-muda juga. Cuma saya ada kurangkan makanan pedas walaupun saya suka makan pedas kerana nanti berair mata (ala resdung).


Sahabat bertanya, apa yang saya makan (sebagaimana no. 1 di atas)? Saya cuma membanyakkan mengambil bawang putih, habbatus sauda, bawang merah, halia, halia hitam, bunga kantan, air kelapa, bunga cengkih, kulit kayu manis, daun kari, kucai, bayam Brazil, ulam raja, kurma (terutamanya ajwah), madu lebah, santan (terutamanya nasi lemak tradisional), pisang, roselle, serai, sayur-sayuran tanam sendiri...


Dari segi makanan tambahan moden, saya ada mengambil kalsium dalam bentuk pil.


Sahabat bertanya lagi, mengapa bermula Oktober 2019? (6 bulan kemudian iaitu pada Mac 2020 negara kita dilanda masalah kesihatan global dan bermulalah PKP)


Bagi orang2 yang dekat dengan saya, sebahagiannya tentu terperasan bahwa sejak Oktober 2019 itu saya sudah mula memohon berhenti semua syarahan kitab bersemuka di masjid/surau2 dan juga semua undangan ceramah. Seolah-olah saya sudah ber"PKP" sebelum orang lain berPKP. Sehingga kini setelah hampir 3 tahun, saya belum memulakan walau satu pun pengajian atau ceramah secara bersemuka lagi walaupun saya merinduinya. Insya-Allah ada rezeki kita suatu hari nanti.


Insya-Allah juga bahagian ini kita kongsikan dalam penulisan yang lain.


12/9/22


*Untuk cerita yang lebih terperinci dan mendalam, tentunya kenalah bertemu muka bertentang mata.

No comments: