Perubahan (yang lebih bersifat semulajadi) atau/dan pengubahan (yang lebih bersifat tidak semulajadi) iklim dunia yang drastik umumnya akan membawa kesan tidak bagus kepada kebanyakan umat manusia tetapi akan ada juga segelintir yang suka kerana boleh membuat kekayaan, menguatkan cengkaman dan membesarkan kekuasaan.
Penanaman dan penghasilan berkaitan makanan asasi djangka akan menghadapi masalah yang sangat meruncing kerana tanaman tidak menjadi (dan tentunya penternakan juga akan terkait sekali). Ketika itu mereka yang tidak beriman atau yang kurang beriman yang punya teknologi terkehadapan dalam penanaman dan penghasilan itu akan membuatkan (paksa rela) dunia "tunduk" kepada mereka.
"Kami berusaha membeli dan menyediakan tanah seluas 1000 ekar untuk tanaman dan penternakan."
"Sangat bagus tuan2. Dan jangan lupa cari dan sediakan teknologinya. Lebih baik 10 ekar yang menjadi berbanding 1,000,000 juta ekar tetapi tanaman dan ternakan tidak dapat hidup. Ia bukan sekadar luas, besar dan banyak tetapi juga keupayaan, ketahanan dan kesuburan."
16/9/22
No comments:
Post a Comment