Sunday, September 11, 2022

Gambaran yang Cuba Diselitkan

 

SITUASI 1 : Isteri baru kematian suami. Malamnya sepupu2 si isteri berpakat buat majlis tahlil arwah. Jika di dalam majlis itu diselitkan dengan tazkirah tentang keindahan pernikahan, fadhilat segera berkahwin dsb, ditambah pula dengan niat agar si janda dengan segera menikah lagi terutamanya dengan si pemberi tazkirah itu sendiri... memanglah tidak sesuai. Tetapi itu bukan bermaksud tidak boleh dibuat tazkirah tentang keindahan pernikahan dsb itu kepada orang lain pada masa dan di tempat yang lain.


Tetapi ada pihak yang berkepentingan cuba menggambarkan situasi di atas tadi secara tersurat atau tersirat kononnya memang tidak boleh bertazkirah tentang keindahan pernikahan dan fadhilat segera berkahwin walau bila dan di mana pun. Padahal YANG TIDAK BOLEH ITU jika dilakukan dalam majlis2 sebagaimana situasi 1 itu sahaja, bukan dalam semua keadaan.


SITUASI 2 : Kita buat majlis khusus suluk ma'rifah dan cinta Allah. Tiba2 di dalamnya di isi dengan ceramah tentang keganasan rumah tangga, bahaya LGBT dsb dengan niat untuk memberi kesedaran atau dengan niat untuk menarik sokongan undi... memanglah mursyid akan membantah. Tapi bantahan si mursyid HANYA UNTUK MAJLIS SEUMPAMA ITU dan untuk niat itu sahaja. Jika dibuat pada masa, lokasi dan audiens yang lain yang bersesuaian, tentu sahaja tidak dibantahnya malah dibaguskannya.


Namun ada pihak yang cuba memanipulasikan hal ini dengan cuba memberi gambaran bahawa ceramah tentang keganasan rumahtangga dan bahaya LGBT itu memang tidak boleh dibuat walau di mana dan bila masa pun.


Maka kita sangat berhati-hatilah. Cerita sebenar lain, GAMBARAN YANG CUBA DISELITKAN pula lain.


21/8/22


No comments: