Sebahagian orang dulu2 terpaksa berundur daripada perjuangan apabila sudah sampai ke tahap disusahkan dari segi KEPERLUAN2 hidup, tetapi zaman ini jika disusahkan dari segi KEHENDAK2 hidup sahaja pun sudah banyak orang akan mengalah. Mula2 kehendak2 itu diperkenalkan dan dilambakkan sehingga kita sudah sangat terbiasa bergelumang dengannya. Tiba masanya yang tertentu, kehendak2 itu disekat. Maka manusia seakan-akan sudah tidak sanggup lagi untuk berpisah dengan kehendak2 itu apatah lagi untuk mengorbankannya. Hal ini kerana banyak kehendak2 itu sudah menjadi KEPERLUAN bagi hawa nafsu. Musuh2 tahu kelemahan umat zaman akhir ini lalu mereka menggunakannya untuk kepentingan mereka.
16/9/22
No comments:
Post a Comment