Thursday, September 8, 2022

Sudah Terhantuk Baru Terngadah Budaya Kebanyakan Kita

 

Sudah terhantuk, baru terngadah.

Sudah terjerumus ke dalam lubang,

baru hendak menunduk melihat ke bawah.

Begitulah antara kebiasaan resmi orang kita.


Dinasihat mengadah lebih dahulu, tiada diendahkan.

Dinasihat tengok2 ke bawah sama, tiada dipercaya.

Setelah benjol di kepala, kita pula yang dicari.

Setelah terpatah di kaki, kita juga yang dihajati.


Kita tidak ambil hati, cuma ada menyesali.

Sesuatu yang sepatutnya sangat boleh dihindari,

tetapi kian banyak terbukti hari ke hari.

Namun kita tetap berusaha dan berikhtiar menolongi

setakat yang upaya diri

kerana mencintai umat itu pegangan hati.


Semuanya sudah Allah tetapkan sejak azali

tetapi usaha dan ikhtiar kita mesti gigih sekali.

Jangan dipatuk ular atau termasuk ke lubang yang sama

dua, tiga, empat atau berkali2.


7/9/22

No comments: