Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menulis dalam kitab induknya Ihya' 'Ulumuddin pada Kitab Adab Mendengar :
Maka permainan (alat muzik dan bunyi) yang menjadi simbol/IDENTITI/syiar bagi peminum arak itu pun diharamkan - berikutan pengharaman arak - disebabkan oleh tiga faktor :
FAKTOR PERTAMA : kerana alat-alat muzik itu MENDORONG kepada meminum arak. Hal ini kerana kelazatan yang diperoleh dengan yang demikian itu MENJADI SEMPURNA (dikira lengkap) dengan meminum arak.
(*Contohnya apabila terlihat, terdengar atau ketika memainkan alat muzik itu, kita terasa tidak lengkap jika tidak meminum arak. Seperti jika bermain dram sahaja maka kita terus terasa untuk minum arak kerana kita beranggapan bahawa tidak lengkap jika bermain dram tanpa meminum arak. Terasa macam tak kena dan tidak sempurna. Jika wujud perasaan yang sebegitu, maka tidak dibolehkan untuk bermain dram sekalipun dram bukan simbol identiti kepada arak)
FAKTOR KEDUA : kerana bagi orang yang baru sahaja minum arak, (alat dan bunyi) itu MENYEGARKAN KEMBALI INGATANNYA KEPADA TEMPAT (yang biasa digunakan untuk) bersenang-senang meminumnya (seperti kelab malam, disco, rumah pelacuran, bilik2 tertentu, hatta di ruang tamu rumah sahabat kita pun jika di situ memang jadi port minum arak selama hari ini). Maka permainan2 (alat dan bunyi) itu MENJADI SEBAB KEPADA TERINGAT. Dan teringat itu pula menjadi sebab kepada bangkitnya keinginan (untuk meminum arak). Dan bangkitnya keinginan itu apabila telah kuat, menjadi sebab pula untuk (mereka mencari dan) meminumnya.
Dan ATAS ALASAN (TERINGAT) inilah dilarang membuat buah anggur kering dalam bekas (bejana) berwarna hitam, belanga berwarna hijau, dan bejana yang terbuat daripada batu atau kayu yang dikorek.
Itulah bejana2 (bekas2) yang sudah tertentu BENTUKNYA/RUPANYA (yang biasanya bekas2 sebegitu dimaklumi oleh MASYARAKAT DI SITU PADA ZAMAN ITU sebagai bekas memproses atau menyimpan arak, tetapi bagi masyarakat lain di tempat atau zaman yang lain, bekas bercat hitam mungkin digunakan untuk menyimpan air ubat, atau isi buah rambutan, atau air untuk berwuduk, atau duit, atau sebagainya. Maka bekas berwarna hitam itu tidak membuatkan masyarakat lain itu teringat kepada arak lalu HUKUM ke atas bekas2 itu juga adalah BERBEZA. Boleh jadi masyarakat lain itu apabila terpandang sahaja bentuk bejana berwarna hitam, mereka terus teringat akan wuduk dan solat).
Maka yang diertikan dengan hal ini ialah DENGAN MELIHAT RUPANYA SAHAJA akan mendorong ingatan kepada arak (maka sebab itulah alat muzik dan bunyinya itu tidak dibolehkan bagi masyarakat tertentu, tempat tertentu dan zaman tertentu).
(*Maksudnya sesuatu alat muzik itu tidak dibolehkan bukan semata-mata atas faktor rupa atau bentuknya)
(*Renungkan ke dalam diri :
- Adakah ketika terlihat seruling maka anda terdorong untuk teringat akan arak?
- Adakah seruling itu identiti peminum arak di tempat kita ini?
- Adakah ketika terlihat gitar maka anda ada terdorong untuk terus teringat akan arak?
- Adakah ketika terlihat piano - yang juga alat muzik bertali - maka anda terus teringat akan pondan2, atau arak, atau dadah?
- Adakah piano itu menjadi simbol identiti khas kepada peminum arak di negara anda?)
Alasan ini berbeza dengan alasan pertama tadi kerana tidak ada padanya perkiraan kelazatan pada ingatan. Hal ini kerana tidak ada kelazatan pada melihat botol dan bejana2 minuman tetapi dari segi MENYEGARKAN INGATAN (kepada arak) melalui (rupa/bentuk) bejana2 itu.
Jikalau mendengar nyanyian LALU MENGINGATKAN KEPADA MINUM ARAK (walaupun menggunakan alat muzik berupa gendang untuk jemaah haji atau jemaah perang, bahkan walau tanpa sebarang alat muzik sekalipun tetapi) yang dapat membuatkan rindu (menyegarkan ingatan kesukaan) kepada arak bagi orang yang menyukai yang demikian beserta minum, maka ADALAH DILARANG daripada mendengar itu kerana ketentuan alasan ini padanya.
(*Maksudnya ada kalanya sesuatu hukum itu tidak sama ke atas setiap orang. Contohnya orang yang mendengar nyanyian tetapi tidak teringat kepada arak atau maksiat lainnya, mereka tidaklah terlibat dalam larangan itu)
FAKTOR KETIGA : Kesepakatan padanya apabila telah menjadi adat kebiasaan orang2 fasik (orang2 yang suka berbuat dosa). Maka DILARANG MENYERUPAI MEREKA ITU kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia termasuk golongan itu.
DENGAN ALASAN INILAH diharamkan memukul kubah iaitu gendang panjang, yang kecil di tengahnya, dan luas dua tepinya. Memainkannya waktu itu adalah adat kebiasaan (simbol, lambang, seakan IDENTITI KHUSUS) orang2 lelaki yang menyerupakan dirinya seperti kaum wanita (pondan di tempat dan zaman tertentu). Tetapi SEKIRANYA TIDAK ADA PADANYA PENYERUPAAN, nescaya SAMA SAHAJA (HUKUMNYA) gendang itu (dan alat muzik lainnya) dengan gendang orang pergi menunaikan haji dan pergi berperang (maka DIBOLEHKAN).
Dengan alasan inilah kami mengatakan (berpendapat) bahawa jikalau berkumpullah sekumpulan orang yang mereka menghiaskan suatu pertemuan/majlis dan menyediakan peralatan minuman, gelas-gelasnya lalu menuangkan ke dalamnya sakanjibin (sejenis minuman yang diperbuat daripada cuka dan madu) serta menentukan seorang pelayan yang mengelilingi mereka dan menghidangkan minuman, lalu mereka mengambil minuman dari pelayan tadi, meminum dan saling menghormati satu sama lain, dengan kata2 yang dibiasakan sesama mereka, nescaya HARAMLAH hal itu kepada mereka, WALAUPUN YANG DIMINUM ITU IALAH AIR MINUMAN YANG DIBENARKAN (bukan arak). Hal ini kerana keadaan/SUASANA/majlis sedemikian merupakan PENYERUPAAN dengan orang2 yang berbuat kerosakan (yakni sama aturcara dan pengisian majlis itu sebagaimana aturcara dan pengisian majlis meminum arak).
Bahkan kerana inilah maka dilarang memakai qabba' (sejenis pakaian yang terbuka di bahagian hadapan) dan membiarkan rambut di kepala dengan qaza' (digunting seahagian daripada kepala dan tidak digunting sebahagian yang lain) DI NEGERI-NEGERI yang pemakaian qabba' itu termasuk pakaian orang2 yang membuat kerosakan (maksudnya bukan dilarang di semua masyarakat, tempat dan masa).
TETAPI TIDAK DILARANG HAL ITU DI NEGERI2 di belakang sungai (wilayah Khurasan, tempat asal Imam al-Ghazali) kerana memang dibiasakan sedemikian (sudah menjadi budaya yang tidak dipandang buruk atau jahat) oleh orang baik2 dalam kalangan mereka (di sana).
(*Maksudnya hukum dalam hal ini berbeza mengikut masyarakat, tempat dan masa. Hukumnya bukan mesti sama untuk semua masyarakat, tempat dan masa. Rupa bentuk baju dan rupa bentuk potongan rambut di atas tadi sahaja bukan penyebab kepada ketidakbolehannya)
(*Contohnya makan sambil berdiri di hadapan kedai2 di sebahagian wilayah muslim di negara China. Umumnya kedai2 di situ tidak menyediakan kerusi pun untuk pelanggan. Sudah ratusan tahun malah mungkin lebih 1000 tahun budaya mereka begitu. Orang baik2 dalam kalangan mereka pun biasanya makan sambil berdiri sahaja di hadapan kedai tersebut. Maka kita tidak boleh mudah2 menghukumkan perbuatan mereka itu sebagai tidak baik walaupun di tempat kita dipandang sebagai tidak baik)
(*Contohnya lagi amalan tidak menyimpan janggut bagi suku kaum tertentu yang biasanya sedikit janggutnya dan ada lelaki2 mereka yang tidak tumbuh janggut langsung. Orang baik2 dalam kalangan mereka termasuk sebahagian ulama silam pun ada yang tidak menyimpan janggut walaupun mereka sedia maklum yang ia sangat digalakkan dalam Islam. Tidak sesuai untuk kita bermudah2 samakan hal ini dengan di Tanah Arab dan Afghanistan yang berpandangan bahawa hal itu sebagai tidak elok)
(*Contohnya lagi amalan berdiri apabila menerima kehadiran tetamu yang dimuliakan. Imam al-Ghazali mengatakan hal itu tidak boleh berdasarkan hadith Nabi saw tetapi menurut beliau di belahan dunia lain yang sudah menjadi budaya yang dipandang baik, hukumnya tidak sama dengan di dunia Arab. Penulis - saya cuba mencari semula kata2 Imam al-Ghazali ini di dalam kitab Ihya' tetapi belum ketemu lagi kerana sedemikian tebalnya kitab Ihya' ini)
Maka DENGAN PENGERTIAN INILAH (sebagaimana pengertian Imam al-Ghazali di atas tadi) diharamkan serunai Iraq dan gitar seperti 'iid, marakas, rebab, barbath dan sebagainya (yakni mengikut masyarakat, tempat dan masa sebagaimana pengertian di atas tadi)
Selain daripada itu, tidaklah seperti alat-alat muzik tadi, contohnya alam muzik pengembala, orang2 naik haji, alat muzik tukang pemukul tambur dan seperti tambur, seruling dan segala alat muzik yang mendatangkan bunyi merdu yang bertimbangan, selain daripada yang dibiasakan oleh tukang2 minum arak (dalam masyarakat, tempat dan zaman tertentu). Kerana SEMUA ITU TIDAK ADA HUBUNGAN DENGAN ARAK, TIDAK MENGINGATKAN KEPADA ARAK, TIDAK MEMBUATKAN RINDU KEPADA ARAK, dan TIDAK MENGHARUSKAN PENYERUPAAN DENGAN TUKANG2 ARAK, maka TIDAKLAH TERMASUK DALAM PENGERTIAN ARAK - sehingga tinggallah atas (HUKUM) ASLINYA yakni DIBOLEHKAN. Hal ini kerana diqiaskan kepada bunyi burung2 dan bunyi2 lain.
(*Maksudnya sesuatu alat muzik itu tidak dibolehkan bukan semata-mata atas faktor bunyinya)
Bahkan aku (Imam al-Ghazali) berpegang bahawa mendengar gitar daripada orang yang memainkannyanya tanpa timbangan yang bersesuaian, (walau) yang melazatkan adalah haram juga (walaupun tidak berkait dengan arak tetapi contohnya melalaikan, bercampur lelaki wanita, lirkiknya mengandungi kekufuran dan sebagainya).
Maka dengan ini nyatalah bahawa TIDAK ADA ALASAN PADA MENGHARAMKANNYA semata-mata kelazatan yang bagus tetapi menurut qias itu menghalalkan segala yang bagus KECUALI jika pada penghalalannya itu TERDAPAT KEROSAKAN.
Allah Ta'ala berfirman : "Katakanlah : Siapakah yang melarang akan perhiasan Allah dan rezeki yang baik yang diadakan-Nya untuk hamba-hamba-Nya?" (Al-A'raaf : 32)
Semua bunyi itu tidak diharamkan dari segi bunyi2 itu adalah bunyi2 yang bertimbangan (melainkan) hanya diharamkan DISEBABKAN SESUATU HAL YANG MENDATANG (sahaja).
10/9/22
No comments:
Post a Comment