Saturday, August 31, 2024

Allah Lorongkan Kita kepada 4 Tungku Agama

 

Apabila Allah memanggil kita, menggerakkan kita atau melorongkan kita kepada sesuatu yang istimewa – sudah tentu ada maksudnya, hikmahnya dan sirrnya. Padahal kita ini bukanlah sesiapa. Pada fikiran kita yang serba lemah ini, kita tidak layak pun untuk dipilih. Banyak lagi orang2 lain yang kita pandang sebagai lebih layak berbanding diri kita. Namun kita sedar, bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Pada hakikatnya, kita langsung tiada kuasa dan tiada ilmu.


Umumnya, apabila Allah temukan kita dengan ilmu tungku al-iman, ertinya Dia mahu menyelamatkan kita dalam perkara yang paling penting dalam hidup kita iaitu ‘aqidah tauhid. Dia mahu membetulkan pengabdian dan sembahan kita. Dia mahu menepatkan Ilah kita. Padahal kita ini asalnya bukannya orang yang kuat agama pun. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


Umumnya, apabila Allah jumpakan kita dengan ilmu tungku al-ihsan, ertinya Dia hendak merezekikan kepada kita ilmu dan amal tasawuf, serta hendak mengangkat maqam kita di sisi-Nya. Padahal kita ini pendosa. Banyak lagi orang yang lebih baik daripada kita sejak dulu lagi. Kita ini baru sahaja belajar2 hendak jadi baik. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


Umumnya, apabila Allah jodohkan kita dengan ilmu tungku as-sa’ah, ertinya Dia hendak menyelesaikan kesemua 4 fardhu2 kita, hendak membekalkan kita dengan panduan2, hendak menyelamatkan kita, dan hendak jadikan kita berjiwa pejuang. Padahal kita ini orang kecil/ kerdil lagi kurang ilmu dan amal. Banyak lagi orang yang hebat2 yang sepatutnya dijodohkan. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


- Petikan usrah 17/8/24

No comments: