Sultan Abdul Mu’min ialah raja pertama Kerajaan Muwahhiddun yang bertempat di Maghribi dan Sepanyol. Beliau lahir pada tahun 1094 Masihi di Algeria dan meninggal dunia pada tahun 1163 Masihi di Maghribi.
Hubungan Sultan Abdul Mu’min dan Imam al-Ghazali
Sanad Abdul Mu’min adalah sebagaimana berikut :
Abdul Mu’min mengambil daripada
Ibnu Tumart, yang mengambil daripada
Imam al-Ghazali.
Perjuangan dan Pengorbanan Sultan Abdul Mu’min
Pada zaman mudanya, Abdul Mu’min belajar ilmu fiqh di Tiemcen, Algeria. Gurunya meninggal dunia sebelum dia sempat menamatkan pengajiannya. Ketika itulah Abdul Mu’min terdengar cerita tentang seorang ‘alim bernama Muhammad Ibnu Tumart, murid kepada Imam al-Ghazali.
Ibnu Tumart sedang dalam perjalanan pulang ke Maghribi dari wilayah kerajaan Seljuk. Abdul Mu’min dan rakan2nya berhasrat untuk menjemput Ibnu Tumart datang dan tinggal di Algeria agar mereka dapat berguru dengannya. Lebih2 lagi apabila mereka dapat tahu bahawa Ibnu Tumart membawa ajaran Imam al-Ghazali, kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dan Tarekat Ghazaliyah. Mereka pun menulis surat permohonan kepada Ibnu Tumart. Surat itu dibawa sendiri oleh Abdul Mu’min.
Abdul Mu’min pergi mencari Ibnu Tumart dan berjaya mendapatkannya di Mellala, lebih kurang 60 km dari Tiemcen. Namun hasrat mereka tidak dapat dipenuhi oleh Ibnu Tumart. Hal ini kerana Ibnu Tumart mempunyai misi khas di tanah airnya Maghribi.
Pemerintah Maghribi ketika itu ialah kerajaan Al-Murabitun. Sebelum itu sultan termayshur kerajaan Murabitun iaitu Sultan Yusuf bin Tasyfin sangat menghargai Imam al-Ghazali. Walaupun mereka tidak pernah bertemu, tetapi mereka saling berutus surat. Sampaikan pada suatu ketika, Imam al-Ghazali bercadang untuk pergi ke Maghribi untuk menjadi penasihat kepada Sultan Yusuf bin Tasyfin. Namun dengan takdir Allah SWT, Sultan Yusuf mangkat. Ketika itu Imam al-Ghazali sudah pun tiba di Mesir. Maka Imam al-Ghazali pun membatalkan perjalanannya.
Kemudian raja2 terakhir kerajaan Murabitun dan sebahagian ulamanya memusuhi Imam al-Ghazali. Mereka menyuruh agar dikoyak serta dibakar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Ertinya mereka menolak ajaran2 aqidah yang terdapat dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Hal itu amat berbahaya kerana ia melibatkan aqidah. Orang2 yang cenderung kepada ajaran Imam al-Ghazali dan mazhab aqidah al-Ashai’rah ketika itu menghadapi penindasan yang hebat di Maghribi.
Apabila berita itu sampai kepada Imam al-Ghazali, beliau terus mendapat alamat daripada Allah lalu mengatakan, “Sebagaimana mereka mengoyakkan kitabku, sebegitulah Allah akan mengoyakkan kerajaan mereka.” Ibnu Tumart yang kebetulan ada di situ meminta agar Imam al-Ghazali mendoakan agar hal tersebut berlaku di tangannya. Imam al-Ghazali pun mendoakan Ibnu Tumart dan mengamanahkan agar dia membetulkan keadaan di Maghribi. Maka kemudiannya Ibnu Tumart pun bermusafir pulang ke negerinya Maghribi.
Apabila Ibnu Tumart tidak mahu pergi ke Algeria dan tetap mahu pulang ke Maghribi, Abdul Mu’min pun terus berguru dengan Ibnu Tumart dan mengikuti pengembaraannya. Hal ini berlaku sekitar tahun 1117.
Di sepanjang perjalanan dan di kota2 Maghribi, Ibnu Tumart sering menyebarkan ajarannya secara terang2an dan berdebat dengan ilmuwan2. Ibnu Tumart sering kali menguasai perdebatan sehinggakan ilmuwan dan pemerintah mengenakan pelbagai tekanan termasuklah pemboikotan, pengusiran, pemenjaraan, seksaan dan sebagainya.
Apabila ajaran mereka mendapat tentangan hebat daripada kerajaan Murabitun sehingga melibatkan ketenteraan dan nyawa, mahu tidak mahu Ibnu Tumart yang terkenal sebagai seorang ulama lagi sufi itu pun mula membentuk pasukannya sendiri. Abdul Mu’min merupakan salah seorang orang kanan Ibnu Tumart. Akhirnya dia menjadi panglima kedua terkanan dalam tentera Ibnu Tumart selepas panglima utama iaitu Al-Bashir, yang juga seorang ulama. Pada mulanya mereka berperang secara gerila. Akhirnya sokongan terhadap mereka semakin besar lalu mereka pun berperang secara terbuka.
Keadaan mereka yang serba kekurangan lagi zuhud membuatkan mereka sering tertekan dalam menghadapi tentera Murabitun. Oleh sebab itu Ibnu Tumart dan para pejuangnya banyak menghabiskan masa dengan berlindung di gunung-ganang dan gua-gua yang terpencil. Namun hal ini memberikan mereka peluang untuk selalu beruzlah, bertariqah, beribadah, berukhwah dan hidup zuhud. Suatu ketika, mereka berjaya mendirikan sebuah kota kecil di pergunungan Atlas.
Ibnu Tumart ada menubuhkan Majlis 10 yang terdiri daripada 10 orang paling kanannya dalam perjuangan. Abdul Mu’min termasuk salah seorang daripadanya. Apabila panglima utama iaitu al-Basyir terbunuh dalam Perang Buhaira, Abdul Mu’min pun menjadi panglima utama. Gurunya iaitu Ibnu Tumart tercedera lalu jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di kubu mereka di pergunungan. Namun kematian Ibnu Tumart tidak dihebohkan oleh Abdul Mu’min agar fokus perjuangan mereka tidak terganggu. Setelah tiga tahun yakni setelah kerajaan Murabitun dikalahkan, barulah kematian Ibnu Tumart diumumkan.
Akhirnya para pejuang Ibnu Tumart berjaya meruntuhkan kerajaan Murabitun. Mereka pun mendirikan kerajaan Muwahhiddun iaitu kerajaan tauhid. Abdul Mu’min menjadi raja pertama kerajaan Muwahhiddun. Ketika itu umat Islam di Sepanyol sedang tertekan dengan politik dalaman dan serangan tentera Kristian. Maka Sultan Abdul Mu’min pun meluaskan gerakannya lalu berjaya menguasai Andalus atau Sepanyol.
Sultan Abdul Mu’min meninggal dunia dalam situasi sedang aktif merancang gerakan2nya pada tahun 1163 dalam usia 69 tahun.
Kesimpulannya
Sepanjang hidupnya, Sultan Abdul Mu’min melalui pelbagai pengalaman pahit manis. Antara kelebihan2 baginda yang sangat wajar kita contohi adalah sanggup berkorban demi agama dan umat, sangat mementingkan 4 rukun agama, taat dan mencintai guru, teguh memelihara kerahsiaan, mahir ilmu agama malah seorang ulama, mahir bertempur, seorang sufi, hidup zuhud dna qana’ah, sangat emncintai kebenaran dan membenci kebatilan, bercita2 tinggi dan berpandangan jauh.
No comments:
Post a Comment