Sunday, August 11, 2024

Dalami Agama Eloklah Waktu Masih Sihat

 

MEMPELAJARI ilmu2 agama itu

insya-Allah boleh pada bila2 masa sahaja.

Tapi jika mahu MENDALAMI ilmu2 agama,

eloklah ketika diri masih sihat.


Jika sudah kurang sihat, tidak sihat, atau sudah uzur,

susah dah ilmu2 nak masuk.

Guru hantar sepuluh

tapi yang sampai mungkin lima

dan yang betul2 masuk

mungkin satu dua sahaja.


Jangan tunggu tua atau tunggu lapang

kerana tua itu belum tentu kita sampai

dan lapang itu belum tentu akan ada.

Jangan tunggu anak2 sudah dewasa

kerana2 masalah tak kira mereka kecil atau dewasa.

Jangan tunggu lepas pencen

kerana sebelum pencen pun

sudah banyak yang pergi meninggalkan kita,

atau terlantar di atas katil sahaja.


11/8/24

No comments: