Monday, August 26, 2024

Risalah Burung 3 oleh Abu Rayyan

 

Antara yang disentuh oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali dalam syarahan Risalah Ath-Thayr (Risalah Burung) karya Al-Ghazali kali ke-3 :

1. Nama Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. Nama adiknya ialah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad.

2. Hebat ayah mereka kerana dia “mewakafkan” anak2nya untuk umat.

3. Orang yang “mandul” itu ada anak tetapi anaknya tidak membawa manfaat kepadanya selepas dia mati.

4. “Burung” membawa maksud jiwa.

5. Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi SAW bersabda: "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seumpama hati burung." (Muslim)

6. Daripada Umar bin al-Khattab ra, Nabi saw bersabda : “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal kepada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung itu (gigih berusaha sepanjang hari siang dengan) pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang (lalu beristirahat pula pada separuh hari lagi yakni pada malamnya).” (Ahmad, Turmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim)

7. Tawakal berkait dengan tauhid. Tawakal adalah buah kepada tauhid.

8. Menurut Imam al-Ghazali (dalam Ihya’ ‘Ulumudin), ada 4 peringkat tauhid – peringkat sabut kelapa, peringkat tempurung kelapa, peringkat isi kelapa, dan peringkat minyak kelapa.

9. Tafakurlah tentang diri kamu dan tentang ciptaan Allah. Jangan tafakur tentang Zat Allah kerana tidak akan terjangkau oleh fikiran.

10. Hendak mengenal Allah, kenalah mengenal diri. Yang paling hampir untuk direnung ialah diri kita sendiri.

11. Kita berwakil akan seseorang itu kerana kita yakin akan orang itu, Begitulah umpamanya kita berwakil akan Allah (bertawakal kepada Allah).

12. Kisah Laila dan Majnun (yang ada disentuh sedikit oleh pengarang Risalah Burung ini - merupakan sebuah sastera lama Arab sejak abad ke-7 yang beberapa abad kemudian dihidangkan dalam bentuk penulisan) ada versi Nizami Ganjavi (pada abad ke-12) dan ada versi Jalaluddin Rumi (pada abad ke-13).

13. Laila dan Majnun versi Nizami sering dikiaskan dengan cinta makhluk kepada Tuhan. Laila dan Majnun versi Jalauddin Rumi pula lebih kepada kasih sayang antara murid dan mursyid.

14. Hendak mencinta (akan Allah), kena tahu lebih dahulu, kemudian kena kenal lebih dahulu.

15. Tentang : “Ilahku, Engkaulah yang aku maqsudkan (tujuanku), dan keredhan-Mulah yang aku cari. Kurniakanlah kepada aku cinta kepada-Mu dan dan ma’rifat kepada-Mu.”

16. Syaitan itu halus permainannya. Halus cara ia memanupulasi hati kita.

17. Dunia nampak indah tapi ia menghiasi pintu2 neraka.

18. Cara untuk mengatasi masalah was-was : i) Doa, minta kepada Allah ii) Berzikrullah (ingat Allah) iii) Belajar agama iv) Selalu dampingi orang2 agama.

19. Sepanjang penerangan ini, kita sudah melalui juga akan mengenal diri, mengenal Alah, mengenal dunia, mengenal akhirat, mengenal syaitan, mengenal maliakt, mengenal yang haqq, dan mengenal yang batil.

20. Di alam arwah, kita sudah mengenal Rabb kita. Tapi masuk sahaja ke alam dunia, kita lupa. Amanah Allah untuk kita adalah berabdi kepada Dia.

 

4S4

No comments: