“Jalan Ghazaliyah ini pun hanya 3 amalannya – zikir harian, wirid harian, lepas tu kitab Ihya. Jadi, beramallah ketiga-tiga ini terus-menerus. Jika kita tidak sedang ada kerja, tidak ada komitmen lain, saya yakin memang sehari jika 1 kitab dibaca khatam (dalam kitab induk Ihya’ Ulumuddin ada 40 kitab semuanya), tak mustahil pun. Habis lama pun 4 jam sahaja untuk satu kitab.”
Pencerahannya :
Amalan asasnya sangat mudah :
i) SEBUT Zikir Harian setiap hari
ii) SEBUT Bacaan 10 setiap hari
iii) duduk BELAJAR kitab Ihya’ ‘Ulumuddin
Kita BUAT 3 perbuatan ini, selesailah amalan asasnya (bukan lanjutannya). Kita cuma perlu sebut, duduk dan dengar sahaja.
(Lanjutannya ialah naik ke peringkat tahu, kemudian faham, kemudian sedar, kemudian hayati atau alami dan seterusnya).
Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin bukan dibuat untuk pengamal Tarekat Ghazaliyah sahaja, tetapi untuk seluruh umat Islam. Jadi, keseluruhan isi kandungan kitab itu umumnya adalah untuk semua orang. Daripada keseluruhan itu, ditarik bahagian2 tertentu untuk pengkhususan pula, iaitu untuk Tarekat Ghazaliyah. Ini juga ilmu selok-belok Tarekat Ghazaliyah.
Maka apabila kita belajar kitab Ihya’, di dalamnya ada ribuan amalan.
Daripada ribuan amalan itu, ada 1001 amalan untuk Tarekat Ghazaliyah.
(Nombor2 ini sekadar contoh sahaja, bukan betul2)
Maka, amalan seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah itu ialah :
1 (zikir harian) + 1 (bacaan 10) + 1001 amalan dalam Ihya yang khusus untuk pengamal Tarekat Ghazaliyah.
Maka ada 1003 amalan seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah.
Satu contoh : Tilawah Al-Quran (dan memahaminya) untuk seluruh umat Islam adalah 1 kali khatam dalam sebulan. Umumnya untuk pengamal Tarekat Ghazaliyah pula dianjurkan 1 kali khatam dalam seminggu (beserta pemahaman) atau 2 kali khatam. Maksudnya sehari dalam 4-7 juzuk (beserta pemahaman atau tadabbur, bukan baca kosong).
Itu baru amalan tilawah sahaja. Ada banyak lagi amalan untuk 7 bahagian siang dan 5 bahagian malam, amar ma’ruf nahi munkar, solat2 sunat, doa, muhasabah harian, muraqabah dan pelbagai lagi.
Jadi, jika sekadar hendak berhenti pada 3 amalan asas tadi, TIDAK SALAH. Boleh. Memang ada dalam manhaj Tarekat Ghazaliyah.
30/8/24
No comments:
Post a Comment