Sunday, August 18, 2024

Apa Guna Memagar Benda yang Sudah Pun Di Dalam?

 

Benda yang sudah berada di dalam,

tidak perlu disekat untuk menghalang ia masuk.

Yang hendak disekat daripada ia masuk itu,

jika ia berada di luar dan belum masuk ke dalam.

Atau ia jenis yang keluar masuk –

sekejap berada di luar, sekejap berada di dalam.


Serigala sudah pun masuk ke dalam khemah,

baru kita sibuk hendak menutup sempadan tanah,

pagar dan pintu khemah?

Saka sudah bersarang di dalam,

baru kita hendak buat pagar?


Buatlah

kerana tetap masih bagus usahanya.

Paling2 kurang pun,

agar tidak bertambah serigalanya,

agar tidak bertambah kawan2 si saka.


Tapi yang lebih utama

adalah untuk menguruskan serigala

atau saka yang sudah sedia di dalam.


17/8/24

No comments: