Sunday, August 11, 2024

Sejarah Ringkas Sultan Imaduddin Zangki

 

Sultan ‘Imaduddin Zangki hidup sezaman dengan Imam al-Ghazali. Baginda lahir pada tahun 1085 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1146 Masihi. Baginda berkhidmat di bawah Kerajaan Seljuk sebagai Raja di Syam atau disebut juga sebagai Syria. Setelah kerajaan Seljuk melemah dengan kematian Sultan Ahmad Sanjar, Sultan Imaduddin Zangki meneruskan perjuangan agama dan umat dengan mendirikan kerajaan Zangki.



Hubungan Sultan Imaduddin Zanki dan Imam al-Ghazali


Guru mursyid kepada Sultan Imaduddin dalam Tariqah Ghazaliyah ialah Syeikh Marwan bin ‘Ali ath-Thanzi.


Sanadnya adalah sebagaimana berikut :

Sultan Imaduddin Zangki mengambil daripada

Marwan bin Ali ath-Thanzi, yang mengambil daripada

Imam al-Ghazali.


Ertiya Sultan Imaduddin Zangki ini ialah cucu murid kepada Imam al-Ghazali. Selain daripada menjadi guru mursyid kepada Sultan Imaduddin, Syeikh Marwan bin Ali ath-Thanzi juga diangkat sebagai wazirnya dalam memerintah wilayah Mosul di Iraq.



Perjuangan dan Pengorbanan Sultan Imaduddin Zangki


Bapa kepada Imaduddin Zangki ialah gabenor kota Aleppo. Bapanya dibunuh ketika Imaduddin baru berusia 10 tahun. Bapanya dibunuh sama ada oleh musuh politiknya atau oleh pertubuhan gelap Syiah Batiniyah iaitu Hasyasyin ketika sedang mengerjakan solat di masjid. Nampaknya kongsi gelap Assassins itu memang saling bertentangan dengan Tariqah Ghazaliyah selama lebih daripada satu abad. Kemudian, Imaduddin dibesarkan oleh gabenor kota Mosul yang bernama Kerbogha.


Pernah satu ketika Imaduddin Zangki berada dalam kesusahan besar dan hampir2 kehilangan nyawa. Nasib baiklah ketika itu dia diberi perlindungan oleh pegawai di kota Tikrit iaitu Najmuddin Ayyub. Najmuddin Ayyub ini tidak lain ialah bapa kepada Salahuddin al-Ayyubi.


Pada kemudian hari, Sultan Imaduddin Zangki membalas jasa Najmuddin Ayyub dengan melantik anaknya iaitu Salahuddin al-Ayyubi sebagai salah seorang panglima tentera kerajaan Zangki. Kisah Sultan Salahuddin al-Ayyubi Si Pembebas Jerusalem ini akan diceritakan selepas ini nanti.


Sultan Imaduddin Zangki sangat aktif melawan tentera salib sejak Perang Salib yang pertama. Bolehlah dikatakan bahawa beliaulah benteng terawal umat Islam dalam menghadapi serbuan tentera salib. Antara kejayaan besarnya adalah mengepung dan menguasai kota Edessa pada tahun 1144 daripada tentera salib.


Kota Edessa merupakan kota tentera salib yang pertama berjaya dikuasai oleh umat Islam. Ketika itu Sultan Imaduddin dipandang sebagai hero utama umat Islam. Namun dua tahun kemudian baginda mati dibunuh oleh salah seorang hambanya. Berita kemangkatannya disambut bagaikan pesta oleh tentera salib.


Selepas Zaman Sultan Imaduddin Zangki


Selepas kemangkatan Sultan Imaduddin, wilayah kekuasaannya dibahagi kepada dua. Kota Mosul dan wilayah Iraq diperintah oleh anak sulungnya yang bernama Sultan Saifuddin Ghazi. Kota Aleppo dan Edessa pula diperintah oleh anak keduanya yang bernama Sultan Nuruddin Zangki. Sultan Sejarah Sultan Nuruddin Zangki akan dikongsikan selepas ini.


Kesimpulannya


Kehidupan Sultan Imaduddin Zangki sememangnya penuh dengan cabaran dan pengorbanan sejak kecil lagi. Antara kelebihannya yang sangat bagus untuk kita contohi adalah kecekalan hatinya, kepeduliannya terhadap agama dan umat, keberaniannya, keberaniannya, keilmuwannya dalam beladiri dan peperangan, kemahiran siasahnya, dan sikapnya yang mengenang budi,








No comments: