Sunday, August 18, 2024

Pengajar Tidak Sama dengan Ajarannya?

 

Katanya pengajar akhlak, tapi akhlaknya sendiri buruk.

Bagaimana hendak menuntut ilmu akhlak daripada dia?


Katanya mengajar moral, tapi moralnya sendiri teruk.

Macam mana mahu mempelajari ilmu moral dengan dia?


Katanya pengajar tasawuf, tapi perangainya bertentangan.

Bagaimana dapat mengambil ilmu tasawuf daripada dia?


Katanya guru adab, tapi tingkah lakunya berseberangan.

Sesuaikah menadah ilmu adab dengan dia?


Katanya pengajar hal ehwal sifat2 mahmudah dan mazmumah,

tapi dia sendiri melazimi sifat2 mazmumah.

Betulkah jalan kita berguru dengan dia?


Tafakkurkan dan ambil tindakan.

Jangan takut untuk bertindak dan berubah ke arah kebaikan.


17/8/24


No comments: