Monday, August 26, 2024

Perkongsian Pak Long Abu al-Ghazali 4S4

 

Antara petikan perkongsian oleh Pak Long Abu al-Ghazali dalam Pengajian 4S :


1. Apa untungnya bermukasyafah?

- Ertinya sedang berzikrullah (ingat Allah). Itu kan sangat bagus?

- Insya-Allah dapat pahala.

- Dapat kasih sayang Allah dan seterusnya cinta Allah.

- Dapat mencapai maqam rukun al-ihsan yang lebih tinggi.

- Dapat semuqarrabin mungkin dengan Allah di akhirat kelak.

- Lebih sukar untuk ditewaskan oleh syaitan.

- Jadi lebih berani.

- Akan lebih tenang, tenteram, lapang dsb.


2. Biasanya hal2 yang disampaikan adalah hal2 yang penting dan memang berguna untuk tindakan kita sekarang atau dalam tempoh terdekat.


3. Bagaimana mahu sampai ke peringkat mencintai dakwah (dalam 8 Bangsa Kecintaan)?

Kenalah ke peringkat menyukai dakwah terlebih dahulu.

Untuk menyukai dan mencintai dakwah, kenalah tahu keuntungan2 apabila berdakwah. Barulah rasa manisnya berdakwah.


Antara keuntungan2 berdakwah :

i) kita mencontohi sunnah R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama dan sahabat2 utama yang lain – semuanya pendakwah). Dan merekalah orang2 yang paling ma’rifah, paling mukasyafah, paling muqarrabin dsb.

ii) dapat pahala dan yang lebih penting adalah kasih sayang dan cinta Allah.

iii) mencontohi tariq rasul2 dan nabi2 yang semuanya pendakwah.

iv) disebabkan ada orang berdakwahlah maka kita hari ini mendapat segala ilmu dan amal ini, hasil daripada dakwah mereka.

v) dapat mengalahkan syaitan. Kerana Iblis dan syaitan sangat benci kepada orang2 yang menyampaikan. Tapi mereka sangat suka kepada orang2 yang mendiamkan. Maka kita ranapkan kesukaan mereka itu.

vi) dakwah sebenarnya banyak mengingatkan dan menegur diri sendiri.

vii) kerana kebenaran tersebar melalui dahwah. Jika kita berdiam atau lemah dalam dakwah, maka kebatilanlah yang akan banyak tersebar. Fitnah dan jenayah sangat meriah bukan kerana ghairahnya orang2 jahat, tetapi juga kerana berdiamnya orang2 baik.

Jika kita selalu mengulang2 mengenang keuntungan2 berdakwah ini, insya-Allah akan datanglah rasa kecintaan terhadap dakwah. Matlamat kita tidak sekadar mahu berdakwah, tapi sampai ke peringkat suka berdakwah, dan naik lagi ke peringkat cinta akan dakwah. Jika tidak sampai ke level cinta? Tak mengapa. Namanya pun matlamat.


Firman Allah SWT : “Siapakah yang lebih bagus lagi kata2nya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri beramal soleh? (Al-Fussilat : 33)

Fahamilah ayat ini baik2.


Dakwah tidak semestinya dengan kata2. Boleh juga melalui penulisan, teknologi, perbuatan, percontohan dan isyarat.


4. Pakaian penyampai ilmu. Slogannya – Adab & Akhlak Mendahului Ilmu. Benar & Kukuh Menundukkan Ragu. 4 perkara itu ialah adab, akhlak, benar dan kukuh.


Sebahagian orang mendahulukan ilmu, mengutamakan ilmu, lebih mementingkan ilmu berbanding adab dan akhlak. Sebab itulah kita lihat banyak juga orang yang ada ilmu tapi tidak beradab dan tidak berakhlak, atau lemah adab dan lemah akhlak. Padahal dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa matlamat terawal dalam belajar aalah berlakunya perubahan akhlak, bukannya mengetahui hal yang tinggi2.


5. Hal2 lain - Pemurnian latihan praktikal, kepentingan menjaga masa, ilmu as-sa’ah : pemahaman yang salah tentang zikrullah sebagai makanan pada zaman ketiadaan makanan, bekalan2 dalam Lafaz Zikir Harian dan Bacaan 10 Harian Tariqah Ghazaliyah, lambakan masalah emosi, dan sebagainya.


6. Umumya - Kemenyan walaupun sebesar lutut, jiak tidka dinyalakan, tidak akan tersebar (bermanfaat) baunya termasuklah kepada pemiliknya sendiri. Minyak wangi walau setitik berharga RM1000 pun, jika tidak dikenakan, tidaklah akan bermanfaat baunya termasuklah kepada pemiliknya sendiri.


7. Apabila Allah menggerakkan kita, melorongkan kita, menjodohkan kita dengan ilmu al-iman, al-ihsan dan as-sa’ah, umum kata, tentu ada maksud yang sangat penting. Cuma sama ada kita mahu menyambutnya ata tidak.


8. Sedikit tentang mimpi langit terbelah dan satu lagi mimpi langit bertukar jadi warna perak.


9. Pengamal kitab Ihya’ ‘Ulumuddin hendaklah bermatlamat agar pada suatu hari nanti akan istiqamah melakukan tilawah dan tadabbur Al-Quran sekurang2nya satu juzuk sehari.


10. Tentang wakil ijazah, mu’allim, mursyid dan syeikh dalam tariqah.

 

4S4


No comments: