Monday, August 26, 2024

Psikologi Islam oleh Ustzh Musfirah

 

Antara yang disentuh oleh Ustazah Musfirah al-Ghazali dalam perkongsiannya berkaitan psikologi Islam :

1. Imam al-Ghazali, Tariqah Ghazaliyah dan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin sangat berkait dengan psikologi Islam.

2. Pada hakikatnya tidak ada suatu hal pun yang kebetulan, kerana semuanya berada dalam ilmu atau pengetahuan Allah sejak azali lagi. Bagaimana Allah boleh tahu? Kerana Dialah yang merancang segala-galanya ketika makhluk belum diadakan-Nya. Maka sudah pastilah ada hikmah atau sir (rahsia) dalam segala perancangan dan pelaksanaannya. Maka sudah tentulah ada hikmah atau sir juga apabila kita didekatkan-Nya dengan ilmu psikologi dan manhaj Imam al-Ghazali.

3. Secara ringkasnya, psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran. Boleh juga dikatakan bahawa psikologi ialah kajian saintifik tentang minda kita, dan kajian saintifik tentang bagaimana minda kita mempengaruhi tingkah laku kita.

4. Secara ringkasnya, antara manfaat ilmu psikologi ini (lebih2 lagi psikologi Islam) kepada kita :

i) Dengan ilmu ini, kita boleh mengetahui emosi dan perilaku diri sendiri, dan kita boleh mengetahui emosi dan perilaku manusia lain. Ertinya ilmu psikologi ini ada membantu kita dalam usaha mengenal diri, dalam mengenal diri-diri, dan hujungnya nanti mengenal Diri Sebenar Diri iaitu Allah - dengan lebih kenal.

ii) membantu kita dalam membentuk keperibadian sendiri dan membantu membentuk keperibadian orang2 lain juga. Ringkas kata, ilmu psikologi ada membuatkan kita mempunyai FIKIR UMAT.

iii) Ilmu ini membuatkan kita lebih mengenal apa itu insan.

iv) Ilmu psikologi ini membantu kita dalam penyelesaian masalah.

v) Ilmu ini juga dapat membantu kita dalam pelajaran dan pengamalan fardhu al-ihsan iaitu tasawuf.

5. Kita sangat beruntung kerana :

i) salah seorang tokoh kejiwaan dan psikologi Islam yang terulung tidak lain ialah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali – yang digelar oleh gurunya sebagai Lautan Tidak Bertepi. Kebetulan kita “rapat” dengan Imam al-Ghazali.


ii) Kitab kejiwaan yang terbesar dalam agama Islam juga adalah karangan Imam al-Ghazali iaitu kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

6. Psikologi Al-Ghazali mengatakan bahawa watak dasar manusia ialah baik atau kemalaikatan, bukannya jahat atau kesyaitanan, dan bukan juga buas atau kebinatangan. Apabila manusia dijadikan oleh Allah SWT, ketiga2 sifat ini iaitu sifat kemalaikatan, sifat kesyaitanan dan sifat kehaiwanan dimasukkan ke dalam diri manusia itu. Namun sifat kemalaikatan tetaplah asal diri manusia yang sebenar, bukannya sifat kesyaitanan. Hal ini bertentangan dengan sebahagian pegangan ahli psikologi lain yan mengatakan bahawa watak asas/ dasar manusia adalah jahat.

7. Ahli psikologi berusaha untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah seperti masalah personaliti, masalah perhubungan dan masalah mental. Usaha biasanya dilakukan melalui sesi kaunseling. Namun ahli psikologi tidak boleh menetapkan ubat2an kepada manusia lain seperti ahli psikiatris.

8. Apakah antara langkah2 untuk mendapatkan hati atau qalbu yang sejahtera? Kita kena lihat dari tiga sudut iaitu pemakanan, perbuatan, dan petua2. (Huraiannya panjang, tidak disertakan di sini).

9. Ada beberapa perbezaan antara psikologi Islam dan psikologi barat...


- 4S4

No comments: