Tawakal biarlah kena dengan tempatnya. Kita tidak
boleh terlemah tawakal dan tidak boleh juga ter'over' tawakal. Amalkanlah
tawakal yang sejahtera.
Eloklah jika dapat mendalami Kitab Tauhid & Tawakal yang
terdapat dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin, untuk memahami bagaimana tawakal
yang sepatutnya.
Kadang2 kita terlalu sibuk dengan urusan2 agama yang lain
sepanjang hidup kita sehingga tidak punya masa untuk mendalami ilmu dan amal
tawakal yang sejahtera.
Tawakal tidak boleh dipraktikkan atas dasar semangat
atau ikut-ikutan sahaja. Ada ilmu khusus tentangnya yang perlu kita ambil tahu
dan ambil faham.
Imam Al-Ghazali kupas sedalam-dalamnya tentang
tawakal dan hubung kaitnya yang sangat rapat dengan tauhid. Ambillah manfaat
daripadanya.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
3/4/2020
12.47 am
12.47 am
No comments:
Post a Comment