Tuesday, April 21, 2020

Ujian/Tugasan oleh Guru

Coretan bersambungan di FB Abu Zulfiqar Al-Amsyari sejak Disember 2019...


UJIAN/TUGASAN OLEH GURU (1)

"Ustaz diuji tak dulu (dengan ujian/tugasan yang pelik2 oleh guru tasawuf)?"

"Ya. Ada. Cuma guru saya tidak buat ujian yang pelik2 (sebagaimana yang dimaksudkan oleh penanya). Dia beri saya tugasan yang pada saya sangat cantik (beradab/baik-baik) dan penuh hikmah."

Kadang2 seseorang guru itu membuat satu penilaian kesanggupan berdasarkan tugasan/ujian sebelum seseorang itu diambil sebagai murid atau ketika seseorang itu sudah pun menjadi muridnya.

Ujian/tugasan ini bermacam-macam jenis dan dengan tujuan2 tertentu. Ada yang berat dan ada yang ringan. Saya sendiri kena tetapi degan ujian yang indah2 je.

....nanti sambung...


UJIAN/TUGASAN OLEH GURU (bah. 2)

Ada orang zaman dahulu kala yang diuji dengan dihalau dan dipukul dengan tongkat ketika mula-mula meminta ilmu.

Ada orang dahulu kala yang diuji dengan diminta berpakaian seperti orang faqir atau orang gila.

Ada orang dahulu kala yang diuji dengan gurunya sendiri buat2 berkelakuan pelik.

Ada orang dahulu kala yang berkeliling menemui orang dan minta ditempeleng.

Ada orang dahulu kala yang kena jadi khadam pengangkut air dan basuh-membasuh.

Ada yang kena gembala kambing.

Ada yang kena jaga kebun.

Dan bermacam-macam lagilah tugasan atau ujian.

Tetapi, bukan semua pelajar yang dikenakan tugasan/ujian itu. Hanya orang-orang tertentu. Kadang-kadang seseorang guru itu tidak kenakan ujian kepada mana-mana muridnya pun. Dan yang kena buat tugasan atau diuji itu pula tidak semestinya murid yang istimewa. Kadang-kadang murid-murid utama tak kena pun, sebaliknya murid-murid biasa yang kena. Adalah sebab-musababnya tu.

Sahaya sendiri, secara peribadi memang tidak kenakan sebarang ujian atau tugasan kepada murid-murid. Cuma, sekarang sahaya nak kongsikan tugasan/ujian yang dikenakan oleh guru sahaya dahulu.

…sambung lagilah….


UJIAN/TUGASAN OLEH GURU (bah. 3)

Itulah…hebatnya guru kita ni, rasa2 macam dia tahu2 je apa kelemahan kita. Padahal kenal baru beberapa hari dan berjumpa pun baru beberapa kali. Bersembang-sembang pun tidak, sekadar tegur-tegur adalah. Masa tu belum jadi anak murid dia lagi, baru pergi ke pengajian2 umum dia je.

Dipendekkan cerita, maka, dia pun bagi tugasan (ujian le tu).

Pada mulanya sahaya sangkakan tentulah kena ujian keLANYAKan (bukan ujian keLAYAKan) sebagaimana yang disebut sebelum ini. Kena lanyak dah aku ni rasanya. Biasa kita dengar ujian yang berat-berat tubuh badan nak menanggung. Silap-silap mau jadi khadam ni. Zaman itu kan usia awal 20-an. Insya-Allah, berani buat berani tanggung.

Ye lah, nak melembutkan, melunakkan, dan menundukkan hati kita ni, tentulah kena melalui tugasan yang lain daripada yang lain. Selagi qalbu dok keras, dok berasa hebat, memang tak sampai ke mana pengamalan, penghayatan dan pencapaian dalam tasawuf sufi tariqah ni. Pelajaran memang orang bijak boleh kuasai sampai boleh sembang hal yang tinggi2. Tapi…. bab amal, hayati dan capai tu yang tak ramai boleh dapat.

Sekali….tugasan pun sampai.  Memang yang sangat tak disangka…

….sambung lagi lah….

No comments: