Saturday, April 25, 2020

Benarkah Engkau Mencintai Allah? Buktinya?



i. Jika benar kita mengenal dan mencintai Allah, sudah pastilah kita akan banyak mengingat akan Dia (berzikir).

ii. Jika benar kita mencintai Allah, sudah pastilah kita akan banyak berinteraksi dengan kitab-Nya yakni Al-Quran.

iii. Jika benar kita mencintai Allah, sudah pastilah kita mencintai Nabi Muhammad saw, mencintai serta meniru sunnah-sunnahnya.

iv. Jika benar kita mencintai Allah, sudah pastilah kita akan menambah amalan-amalan sunat kita sehari-hari.

v. Jika benar kita mencintai Allah, sudah pasti kita akan berakhlak dengan akhlak yang disukai-Nya.

vi. Jika benar kita mencintai Allah, sudah pasti kita akan menyukai rumah-rumah-Nya (masjid dan seumpamanya) dan majlis-majlis di dalamnya (solat berjemaah, majlis-majlis ilmu dan sebagainya).

vii. Jika benar kita mengenal dan mencintai Allah, sudah tentu kita akan berusaha untuk berfikir yang baik-baik, berkata yang baik-baik dan berbuat yang baik-baik sahaja.

viii. Jika benar kita mencintai Allah, sudah pasti kita mencintai hamba-hamba yang dikasihi-Nya (para ulama).

ix. Jika benar kita menegnal dan mencintai Allah, nescaya kita akan berusaha untuk mempamerkan akhlak yang baik kepada seluruh alam (tembus kepada Dia kerana sebenarnya kita sedang mempamerkan akhlak yang baik kepada Dia).

x. Jika benar kita mencintai Allah, sudah tentulah kita akan menyeru atau mengajak manusia lain kepada Yang Kita Cintai Itu.

xi. Jika betullah kita mencintai Allah, sudah tentulah kita akan berusaha untuk mengamalkan apa yang kita tahu dalam pelajaran agama ini (mengikut kemampuan kita).

.
https://youtu.be/z_JwB4xkcF8
PJJ Pengajian Kitab Induk Ihya' 'Ulumuddin (Syarahan KItab Cinta Allah) kali ke-50 untuk Surau Sg Kerang, Trong, Perak.

No comments: