Akhlak yang baik
itu datangnya daripada mana?
Daripada hati (qalbu).
Maka, belajarlah tentang qalbu.
Daripada hati (qalbu).
Maka, belajarlah tentang qalbu.
Qalbu yang baik
itu datangnya daripada mana?
Daripada Allah.
Maka, belajarlah tentang Allah.
Daripada Allah.
Maka, belajarlah tentang Allah.
Wujud
persoalan – akhlak yang buruk itu datangnya dari siapa?
Penjelasannya
:
Dari segi
SYARIATNYA, akhlak yang baik dan buruk itu datangnya daripada makhluk.
DAN dari
segi HAKIKATNYA, akhlak yang baik dan buruk itu datangnya daripada Allah.
Al-Quran
maklumkan, hakikat itu pekerjaan Allah, Dia tidak akan disoal tentang pekerjaannya. Jadi, kita imani dan
jangan persoal-soalkan lagi. Syariat itu pekerjaan makhluk, yang itulah yang
akan dipersoalkan. Dan yang itulah yang kita kena usaha dan ikhtiar.
Firman-Nya
: “Dia tidak dipersoal (jadi, kita juga jangan persoal) tentang apa yang
diperbuat-Nya (iaitu wilayah HAKIKAT), tetapi merekalah (kitalah) yang akan
dipersoal (tentang kerja2 kita di wilayah SYARIAT ini) ” (Al Anbiya’: 23)
No comments:
Post a Comment