Soalan : (Dalam tempoh PKP
ni) tuan gunting rambut kat mana?
Jawapannya : Biasanya saya
gunting rambut sendiri. Jarang-jarang sangat minta orang lain tolong
guntingkan. Kecuali jika sesekali saya nak sodok/mesin semua no. 1, baru pi
kedai.
Soalan : Memang gunting
rambut orang ke?
Jawapan : Tak. Tak pandai.
Cuma gunting rambut sendiri sahaja. Anak2 pun saya hantar ke kedai.
Soalan : Ok ke rambut
kalau gunting sendiri?
Jawapan : Tak le ok macam
yang tukang gunting buat. Tapi, pada saya ok dah, sebab saya jenis tak kesah
sangat tentang potongan rambut. Asalkan pendek je. Lagi pun saya suka pakai
kopiah ke mana2. Jadi, rambut asal sikat aje lah, tak de apa2 ‘syle’. Zaman
muda2 dulu, suka simpan rambut panjang tebal dan berkopiah, maka tak kesah
jugalah ‘style’ rambut. Dah tua2 ni, kepala pun semakin nak botak, perut
semakin buncit, uban semakin banyak, lagi le tak kesah pasal rambut. Cuma kekal
suka berkopiah je.
No comments:
Post a Comment