Tuesday, April 21, 2020

Isi2 Penting Pengajian SG Baru kali ke-26


ANTARA ISI KANDUNGAN PENTING DARIPADA RAKAMAN VIDEO PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMUDDIN KALI KE-26 DI SURAU SG BARU


Apakah kunci untuk mengenal Tuhan?
Kuncinya ialah mengenal diri.

Firman Allah SWT : “Akan Kami tunjukkan (perlihatkan) kepada mereka ayat-ayat Kami (tanda2 Kami) pada segenap penjuru dan pada diri (an-nafs) mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka kebenaran.” (Al-Fussilat : 41)

Apakah maksud “Sesiapa yang kenal dirinya akan mengenal Tuhannya”?

Setelah kita mengenal diri, maka selepas itu mudahlah untuk kita mengenal Tuhan. Hal ini kerana diri kita itu datangnya daripada Tuhan, dan sangat berkait rapat dengan Tuhan. Daripada Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita kembali.

Adakah zat diri kita itu Zat Allah?
Tidak! Diri kita itu ciptaan Allah. Kita bukan Allah, bukan Zat Allah.

Kata Imam Al-Ghazali :
“Ketahuilah, bahawa tidak ada yang lebih dekat dengan kamu melainkan dirimu sendiri. Jika kamu tidak mengenal dirimu sendiri, maka bagaimana kamu dapat mengetahui yang lain?”

Diri kita yang mana yang dimaksudkan? Adakah tubuh badan kita?
Tidak! Diri yang dimaksudkan itu bukanlah jasad kita, bukanlah lahiriyyah kita, bukan fizikal kita seperti bentuk muka, tubuh badan, segala urat, organ-organ, daging dan sebagainya. Diri yang dimaksudkan ialah hati kita (qalbu), yang berkait rapat dengan ruh kita. Itulah diri kita yang hakiki, diri kita yang sebenar.

Adakah qalbu yang dimaksudkan itu ialah daging hati ataupun daging jantung yang ada dalam dada kita?
Tidak! Hati yang dimaksudkan itu :
1. Merupakan penguasa atau raja kepada seluruh jasad.
2. Ia menggunakan seluruh jasad sebagai alat dan pelayannya.
3. Ia ghaib.
4. Ia muncul ke dunia ini sebagai pelancong.
5. Ia akan kembali ke tempat asalnya nanti.

Apakah tiga sifat yang bersemayam dalam diri kita?
1. Sifat haiwan (kebinatangan).
2. Sifat syaitan.
3. Sifat malaikat.

Apa yang kita perlu tahu tentang 3 sifat ini?
Kita kena tahu sifat manakah yang merupakan sifat diri kita yang asli/hakiki/asal dan yang manakah sifat diri kita yang tidak asli.

Apa faedahnya mengetahui hal itu?
Kata Imam Al-Ghazali : “Tanpa menyingkap rahsia itu, engkau tidak akan menemui kebahagiaan sejati.”

3 sifat di dalam diri kita iaitu :
1. sifat2 kehaiwanan iaitu makan minum, berak kencing, berehat, berhibur, mengawan, bergaduh....
2. sifat2 kesyaitanan iaitu jahat, engkar, menipu, tak amanah, sifat2 mazmumahlah.
3. sifat2 kemalaikatan? .............

Apabila kita (yang asli itu) dimasukkan ke dalam jasad yang gelap ini, kita terlupa (akan Allah dan diri kita yang asli itu).

Namun Allah Maha Penyayang. Dia tidak perintahkan kita untuk terus ingat waktu itu juga, sebaliknya Dia bagi tempoh agar kita dapat belajar sedikit demi sedikit sehingalah kita baligh. Ketika itu barulah Dia tuntut semula ingatan tersebut.

Dan (untuk ingatkan kita kembali) Dia hantar pula utusan2-Nya iaitu rasul2 dan nabi2. Dia hantar kitab2 suci. Dibantu pula dengan sunnah para nabi, wali2 dan para ulama.

Allah utuskan rasul2 dan nabi2, antara lain tujuannya adalah untuk membuatkan kita kenal (ma'rifah) mana yang benar dan mana yang salah, mana yang manfaat dan mana yang mudarat, mana yang haqq dan mana yang batil.
Begitu jugalah antara tujuan Allah turunkan kitab2 suci, dan tujuan para ulama dan wali2 mengarang kitab2.
(Tujuannya tidak lain untuk menyelamatkan kita daripada terkena yang salah, mudarat dan batil)

Sebab itulah kita kena ada dua jenis ilmu MEMBEZA iaitu :
1. ilmu membezakan antara Khaliq dan makhluq.
2. ilmu membezakan antara yang haqq dan yang batil.

Kita kena sedar bahawa :
a) Orang yang baik lagi beruntung ialah yang sifat2 kemalikatannya paling kuat dan dapat menundukkan sifat2 kesyaitanannya.
b) Orang buruk lagi tak beruntung ialah yang sifat2 kehaiwanannya mengatasai sifat2 kemalaikatannya.
c) Orang yang lebih teruk lagi daripada itu ialah yang sifat2 kesyaitanannya menundukkan sifat2 kemalaikatannya.

Apakah langkah awal untuk mengenal diri?
Menyedari bahawa diri kita ini terdiri daripada wujud luaran iaitu jasad, dan ada juga wujud dalaman iaitu hati/ruh.

Adakah hati yang dimaksudkan itu ialah daging hati ataupun daging jantung yang ada dalam dada kita?
Tidak! Hati yang dimaksudkan itu :
1. Merupakan penguasa atau raja kepada seluruh jasad.
2. Ia menggunakan seluruh jasad sebagai alat dan pelayannya.
3. Ia ghaib.
4. Ia muncul ke dunia ini sebagai pelancong.
5. Ia akan kembali ke tempat asalnya nanti.

Bagaimana untuk mengenal diri lebih jauh?
Kita hendaklah melihat seluruh jasad kita sebagai sebuah kerajaan. Raja kepada kerajaan ini ialah hati/jiwa. Hati/jiwa itulah diri kita yang sebenar. Sedangkan jasad hanyalah tempat tumpangan.
Samalah seperti Allah yang tidak kelihatan, tetapi Dialah yang memerintah dan berkuasa ke atas seluruh kerajaan alam semesta.
Ruh manusia juga tidak kelihatan, tetapi ruh itulah yang memerintah dan berkuasa ke atas seluruh kerajaan tubuh badan.

Bagaimana untuk mengenal Allah?
Dengan merenung wujud dan sifat-sifat diri manusia, manusia akan mula mengenal Allah.
Ramai juga orang yang merenung-renung dirinya tetapi masih juga tidak mengenal Allah. Mengapa?
Kerana ada cara2 tersendiri untuk menjalani proses perenungan itu.

@@@@@@@@@@

Teknologi2 yang baik ini adalah anugerah yang Allah kurniakan kepada umat akhir zaman. Jadi, kita kena manfaatkanlah. Tak perlulah nak tunggu dapat karamah baru nak ambil manfaat (seperti kebolehan berbicara jarak jauh dan berjalan lipat bumi, kerana... dengan peralatan teknologi pun dah boleh).

Setakat ini belum ada kepastian bila pula kuliah di masjid surau boleh diadakan semula. Mungkin lagi 1 bulan, atau 2, bulan, 6 bulan, lebih lagi? Tak tahulah. Jadi, takkanlah sepanjang tempoh itu kita nak cancel semua kuliah, kan? Sebab itulah ada juga asatizah yang terus sambung pengajian secara live.

@@@@@@@@@@

Sebab itulah orang2 yang di atas permukaan lautan tak boleh nak faham apa dapatan orang2 yang dah masuk menyelam ke dalam lautan.
Tapi orang2 yang di dalam lautan itu tahu apa yang orang2 di atas lautan tahu.

@@@@@@@@@@

Bahagian (yang dinyatakan) ini sudah kita pelajari dan lalui dalam pelajaran syariat dan hakikat dalam Kitab 'Aqidah (Kitab Qwaid al-'Aqaid) dulu, khususnya dalam bab Rislaayh Qudsiyyah.

Maka, kita sedia maklum dah bahawa :
a) Baik kita itu pada hakikatnya adalah baiknya Allah. Bahkan (pada hakikatnya) tidak ada yang baik selain Dia. Sebab itulah Dia Maha Baik.
b) Pemurah dan penyayang kita itu pada hakikatnya adalah pemurah, dan penyayangnya Allah. Bahkan (pada hakikatnya) tidak ada yang pemurah dan penyayang selain daripada Dia. Sebab itulah Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

@@@@@@@@@@

Bagaimana antara cara untuk memahami pekerjaan Allah?
Contoh : Kita hendak (berkehendak/berkeinginan) untuk menulis kalimah “Allah” agar tertera di atas sehelai kertas. Prosesnya adalah spt berikut :
1. Mula-mula kehendak itu tercetus dalam hati kita.
2. Kemudian kehendak itu dibawa ke otak kita, lalu tergambarlah kalimah “Allah” itu.
3. Kemudian kehendak itu dari otak berjalan melalui jalur saraf, jalur saraf pun menggerakkan jari-jari kita.
4. Kemudian jari-jari kita menggerakkan pen.
5. Akhirnya kalimah “Allah” pun tertera di atas kertas, sama seperti yang tergambar dalam otak kita pada awal tadi.
Begitulah cara kerja kita daripada kehendak sampailah sehingga kehendak itu terhasil.
Maksudnya – Tulisan kalimah “Allah” di atas kertas itu tidak lain ialah cerminan/gambaran kehendak kita yang awal tadi.
.
Contoh : Pada azali dulu, Allah berhendak mahu menjadikan tumbuhan, haiwan dan manusia.
1. Rupa bentuk semua itu tergambar dalam ilmu Allah sejak azali.
2. Kemudian kehendak Allah itu tampil di ‘Arasy.
3. Kemudian kehendak menjadikan semua itu tampil di Kursiy’, iaitu suatu alam yang lebih rendah daripada ‘Arasy.
4. Kemudian kehendak Allah itu tampil di Luh Mahfuz.
5. Kemudian melalui kekuatan-kekuatan yang disebut “malaikat”, wujudlah kehendak Allah itu dalam rupa bentuk tumbuhan, haiwan dan manusia.
Begitulah proses kerja-Nya dari kehendak sampailah kehendak itu terhasil.
Maksudnya – tumbuhan, haiwan dan manusia itu adalah cerminan/gambaran kepada kehendak Allah, dalam ilmu Allah yang sejak azali itu.
Semuanya berlaku atas pekerjaan Allah.

@@@@@@@@@@

Qalbu yang berkaita rapat dengan ruh ini sangatlah ajaib. Hendak faham bagaimana ajaibnya qalbu/ruh ini, Imam Al-Ghazali buat satu kitab khusus dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin iaitu KITAB KEAJAIBAN QALBU.
Mintalah tok2 guru, mursyid2, syeikh2 kita tolong tarbiyyahkan kitab ini kepada kita.

@@@@@@@@@@

No comments: