Saturday, April 25, 2020

Kesudahan Perjalanan Keruhanianmu


Ibarat memandu di lebuh raya :
 
i. Ada yang keluar di pertengahan jalan secara sukarela (keluar ke susur keluar sebelum sampai ke tempat tujuan yang sebenar).

ii. Ada yang perjalanannya setakat tempat tertentu sahaja secara paksarela (kemalangan, kematian, kecederaan, kerosakan).

iii. Ada yang tersalah jalan, tersalah simpang. Maka ada yang sesat selama-lamanya, ada yang berjaya masuk balik ke lebuhraya, dan ada juga yang dalam usaha mencari jalan masuk semula.

iv. Ada yang pemandunya terlalu laju sehingga terlibat dengan masalah (kemalangan, kerosakan, ditahan polis dsb)

v. Ada yang pemandunya terlalu lambat hinggakan tak sampai2.

vi. Ada yang pemandunya bagus lalu sampai ke tempat tujuan dengan baik (selamat, selesa, tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat)


https://youtu.be/z_JwB4xkcF8
PJJ Pengajian Kitab Induk Ihya' 'Ulumuddin (Syarahan KItab Cinta Allah) kali ke-50 untuk Surau Sg Kerang, Trong, Perak.

No comments: