SUCI ITU TERDIRI DARIPADA 4 TINGKATAN :
a Tingkat satu - mensucikan zahir diri (bahagian fzizikal diri yang luaran dan dalaman) daripada segala hadas, kotoran dan benda-benda yang menjijikkan.
b Tingkat dua - mensucikan anggota badan daripada segala perbuatan jahat dan dosa.
c Tingkat tiga - mensucikan hati daripada segala sifat yang tercela dan sifat-sifat rendah yang terkutuk. Ertinya berusaha membuang sifat2 mazmumah seperti dengki, sombong, berasa diri hebt, degil, pemalas dan sebagainya.
d Tingkat empat - mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah Taala, iaitu bersucinya hati para nabi dan para siddiqin. Bahagian ini kupasannya lebih panjang dan mendalam.
DIRI YANG PERLU DISUCIKAN ITU TERDIRI DARIPADA :
1. Jasad yang luaran seperti kulit dan rambut.
2. Jasad yang dalaman seperti perut dan rongga tekak.
3. Diri yang batin iaitu jiwa, hati, akal, qalbu.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI 18.10.25
No comments:
Post a Comment