Allah SWT berfirman : “Makanlah daripada yang baik-baik dan kerjakanlah amal-amal soleh.” (Al-Mu’minun : 51)
“Dan janganlah kamu makan harta sesama kamu melalui jalan yang batil.” (Al-Baqarah : 188)
Maksudnya janganlah kita mendapatkan sesuatu dengan menggunakan cara yang salah, yakni melalui cara yang tidak dibenarkan oleh agama.
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih utama untuk daging itu.” (Turmizi, hadith hasan)
Sandaran daripada atsar pula, suatu hari Saiyidina Abu Bakar r.a meminum susu yang dibawa oleh hambanya. Dia pun bertanya tentang asal susu itu. Jawab si hamba : “Aku bernujum untuk suatu kaum lalu mereka memberikan susu itu kepada aku.” Saiyidina Abu Bakar pun memasukkan anak jarinya ke dalam mulut lalu memuntahkan kembali susu itu. kerana susu itu diperolehi atas kerja yang tidak dbenarkan oleh agama iaitu bernujum. Begitulah wara’ dan sangat berjaga-jaganya Saiyidina Abu Bakar dalam soal halal haram.
Saiyidina Umar juga pernah tersilap meminum susu zakat, lalu dia memasukkan jarinya ke tekak dan memuntahkannya kembali.
Ibnu Abbas berkata : “Tidak diterima oleh Allah akan solat seseorang yang di dalam rongga tubuhnya terdapat benda yang haram.”
Sahl berkata : “Sesiapa yang memakan yang haram, nescaya derhakalah segala anggota badannya.”
Kata Sahl juga : “Sesiapa yang makanannya itu halal, nescaya ditaati oleh segala anggota tubuhnya.”
(petikan live streaming 4/10/25 di Channel Tgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI)
No comments:
Post a Comment