CARA MEMBERSIHKAN DAN MENYUCIKAN QALBU :
1. Berdoa. Berdoa memohon kepada Allah agar Dia membuatkan hati kita bersih dan suci kepada hakikatnya hanya Dia sahaja yang punya kuasa untuk berbuat demikian. Selain daripada Dia, langsung tidak punya sebarang kuasa dan daya upaya. Dalam berdoa ada pengiktirafan dan pengagungan terhadapa Allah, serta ada merendah dirinya kita. Hal ini sangat disukai oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
2. Berguru. Jika tidak berguru ilmu qalbu daripada guru qalbu, amat dikhuatiri akan bersangka2 sendiri dan mereka2 sendiri.
3. Belajar. Belajar ilmu tentang qalbu daripada guru yang ahli tentang qalbu. Inilah ilmu a-ihsan/ tasawuf/ sufi.
4. Amal. Amalkan apa yang dipelajari itu.
Berguru tapi tidak belajar = rugi. Belajar tapi tidak beramal = rugi.
Orang yang mahir dengan ilmu dan amal sifat2 mahmudah, insya-Allah suatu hari nanti dia akan mudah mengenal wali2 Allah. Orang yang mahir akan ilmu dan amal sifat2 mazmumah, isnya-Allah suatu hari nanti dia dapat mengenal orang2 munafik dengan mudah.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI 18.10.25
No comments:
Post a Comment