Monday, October 20, 2025

Mengimani Af'al Allah

 

MENGIMANI AF’AL ALLAH (nota drpd live streaming 28.9.25)

 

a)         Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa semua yang baharu (seluruh makhluk) adalah af’al (perbuatan) Allah.

 

Firman-Nya : “Allah pencipta segala sesuatu.” (Ar-Ra’d : 16)

 

Firman-Nya : “Allah yang menjadikan kamu dan (menjadikan) apa yang kamu buat.” (As-Saffat : 96)

 

b)         Dari segi hakikatnya segala gerak geri dan perlakuan hamba  adalah dijadikan oleh Allah sendiri. Pada hakikatnya, tidak ada yang ada kuasa melainkan Dia sahaja. Tidak ada yang melakukan kecuali Dia sahaja, pada hakikatnya.

 

c)         Segala usaha dan ikhtiar hamba itu tidaklah sama sekali terkeluar daripada kehendak Allah sejak azali. Sebagaimana yang Dia mahukan, sebegitulah yang terjadi. Tidak terubah walau sedikit pun.

 

d)         Allah SWT berkuasa mutlak lagi bebas. Oleh itu, tidak ada apa-apa pun yang jatuh wajib ke atas-Nya.

 

e)         Jaiz (tidak wajib dan tidak juga mustahil) bagi Allah untuk memikulkan ke atas makhluk sesuatu yang tidak disanggupi oleh makhluk itu.

 

 

f)          Allah Taala Maha Adil. Mustahil Allah bersifat zalim. Sesungguhnya akal fikiran kita yang lemah untuk memahami sepenuhnya kerja dan kuasa Tuhan. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT.

 

g)         Allah Taala bebas melakukan apa sahaja terhadap makhluk-Nya mengikut kehendakNya.

 

h)         Walaupun kita sedia makluma bahawa pada hakikatnya semuanya adalah af’al Allah, namun taat akan perintah dan larangan Allah itu adalah wajib.

 

i)          Allah memang mengutuskan wakil-wakilnya berupa para nabi ke dunia ini.

 

j)          Allah memang ada mengutuskan Nabi Muhammad saw. Bagindalah kesudahan segala nabi. Kedatangannya membatalkan (memansukhkan) syariat-syariat sebelumnya seperti syariat Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya. Nabi Muhammad saw dikurniakan dengan pelbagai mukjizat dan mukjizat terbesarnya ialah Al-Quran.

No comments: