MEYAKINI PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT DAN KEIMAMAN UMAT (nota drpd live streaming 28.9.25)
a) Kita mestilah yakin sepenuh hati (100%) bahawa kebangkitan semula dan berkumpul di Mahsyar itu memang ada.
b) Pertanyaan oleh malaikat Munkar dan Nakir itu memang ada.
c) Alam barzakh, kesenangan kubur dan azab kubur itu memang ada.
d) Timbangan amal itu memang ada.
e) Titian lintasan di atas neraka jahannam itu memang ada.
f) Jannah dan naar (syurga dan neraka) itu memang ada, dan kedua-duanya adalah makhluk Allah.
g) Imam agung kaum muslimin selepas Rasulullah saw ialah Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali.
h) Kelebihan (keafdhalan) para sahabat yang empat itu adalah mengikut turutan nama mereka dalam memegang jawatan khalifah.
i) Pada dasarnya syarat-syarat untuk menjadi imam kaum muslimin itu sekurang-kurangnya ada 5 perkara iaitu lelaki, wara’, berilmu, ada kemampuan dan berasal daripada suku Quraisy.
j) Ada kalanya perlantikan imam itu tidak semestinya mencukupi kesemua syarat. Hal ini kerana jika tidak dilantik, akan berlakulah huru-hara yang lebih teruk.
No comments:
Post a Comment