Benarkah tidak bercakap-cakap dengan orang lebih daripada tiga hari itu PASTI berdosa dan akan dimasukkan ke dalam naar? Tidak benar. Kita jangan mudah-mudah berhukum tanpa pengetahuan agama yang memadai. Sebenarnya semua itu bergantung kepada situasi. Ada huraian, perincian dan pertimbangan2 tertentu.
Menurut Imam Al-Ghazali, kita dibolehkan meninggalkan bercakap-cakap lebih daripada tiga hari itu dalam dua keadaan :
a Apabila kita melihat perbuatan itu dapat menambahkan kebaikan kepada orang yang kita tidak bercakap-cakap dengannya itu.
b Apabila kita melihat diri kita lebih selamat (dalam pebagai aspek) jika meninggalkan bercakap-cakap itu.
Ringkasnya, kita boleh tidak bercakap-cakap dengan orang lain lebih daripada tiga hari sekiranya dengan bercakap-cakap itu akan lebih mendatangkan kemudaratan.
Rasulullah saw pernah meninggalkan daripada bercakap-cakap dengan isteri-isterinya selama sebulan. Sa’ad bin Abi Waqqas tidak bercakap-cakap dengan ‘Ammar bin Yasir lebih daripada tiga hari. Begitu juga dengan Uthman bin ‘Affan yang tidak bercakap-cakap dengan ‘Abdur Rahman bin ‘Auf, ‘Aisyah yang tidak bercakap-cakap dengan Hafsah, dan Thaus yang tidak bercakap-cakap dengan Wahab bin Munabbih lebih daripada tiga hari. Bahkan ada yang sampai salah seorangnya meninggal dunia.
Meninggalkan daripada bercakap2 atau berhubungan itu tidak boleh mudah2 dicop sebagai memutuskan silaturrahim. Belajarah kitab yang lebih besar sedikit (daripada yang biasa diajarkan kepada orang awwam). Memang banyak orang yang mudah2 meletakkan hukum.
Kata Imam Al-Ghazali : “Semua (yang di atas) itu berlaku kerana mereka berpendapat bahawa dengan tidak bercakap-cakap itu adalah membawa kepada keselamatan (lebih selamat dan menjauhkan mudarat).”
Sebab-musabab tidak bercakap-cakapnya antara mereka itu tidaklah diperincikan, tetapi hal itu sudah jelas untuk menunjukkan memang ada situasi-situasi tertentu yang membolehkan kita tidak bercakap-cakap dengan seseorang selama lebih daripada tiga hari. Jadi, janganlah kita mudah-mudah membuat hukum sendiri sebelum mempunyai pengetahuan yang mencukupi.
(petikan live streaming 3/10/25 di Channel Tgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI, ringkasan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin Imam al-Ghazali)
No comments:
Post a Comment