Wednesday, October 8, 2025

Engkau Warak Jenis Yang Mana?

 

WARA’ (penjagaan diri) daripada YANG HARAM itu ada empat tingkatan :

 

Pertama : Wara’ orang2 yang ADIL, iaitu orang-orang yang menjauhi hal2 yang haram. Contohnya menjauhi daripada meminum arak, berzina, makan babi dan sebagainya. Ini merupakan wara’ yang PALING RENDAH. Namun orang di peringkat ini layak diambil sebagai saksi.

 

Kedua : Wara’ orang2 SOLEH, iaitu orang2 yang menjauhi hal2 yang haram, dan yang makruh, dan yang syubhat.

 

Ketiga : Wara’ orang2 MUTTAQIN, iatu orang2 yang berusaha menjauhi hal2 yang haram, yang syubhat dan yang halal tetapi dikhuatiri akan terlajak. Contohnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menutup hidungnya daripada mencium bau kasturi yang akan diberikan kepada rakyat. Padahal tidak salah pun sekiranya dia tercium bau kasturi itu.

 

Keempat : Wara’ orang-orang SIDDIQIN, iaitu menjauhi yang tiga tadi dan lebih lagi.  Segala perbuatan mereka adalah untuk Allah. Hal-hal yang halal tetapi bukan kerana Allah, akan mereka elakkan.

 

Inilah juga tingkat orang-orang muwahhiddin (orang yang benar-benar bertauhid kepada Allah). Segala yang mereka lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana selainnya. Yang tidak berkait dengan Allah dan agama, akan mereka cuba elakkan.

 

(petikan live streaming 4/10/25 di Channel Tgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI)

No comments: